Kenapa Hati rasa tak tenang
Benar, tak ramai Orang faham bila dan kenapa Hati rasa Kosong. Hanya yang pernah merasai akan faham Situasi ini.
Adakah kita perlu biarkan Hati terus Kosong, tanpa pengisian
Jalan pintas yang paling mudah dan berkesan ialah membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya.
Amalkan Solat Tahajjud bila bangun malam. Jika ada keraguan, tak tahu mahu pilih mana satu arah hidup, Dirikan Solat istikharah.
Jangan sesekali biarkan rasa Kosong dan Sunyi itu terus menghantui hidup anda. Isikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Tatkala Jiwa menjadi Kosong, rawatlah ia dengan Zikir di Hati.
Tatkala Jiwa menjadi Kosong, penuhi Al-Quran di lubuk Sanubari.
Tatkala Jiwa menjadi Kosong, berlarilah kepada Ilahi.
Tatkala Jiwa menjadi Kosong, ingatlah Diri kepada Mati.
Kerana Jiwa yang Kosong itu permulaan bagi Hati yang Mati.
Kerana Jiwa yang Kosong itu puncanya Hati berbelah bahagi.
Kerana Jiwa yang Kosong itu sumber lalainya Hati.
Rawatlah Hati, gilaplah Iman , janji Allah Pasti Hati bakal Subur kembali.
Cubalah.
Semoga sesiapa yang membaca Artikel ini, akan Sentiasa rasa Tenang.
Semoga bermanfaat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar