Tampilkan postingan dengan label 📄Kajian dari ayahandah ladunni dandiar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 📄Kajian dari ayahandah ladunni dandiar. Tampilkan semua postingan

ANA AL HAQ

 


Ahdiyat KeEsaan


Hakikat perkataan ialah Alif Hakikat Alif ialah Noktah, Hakikat Noktah ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah Cecair, hakikat Cecair ialah Debu-Debuan Atom-Atom Hakikat Debu-Debuan Atom-Atom ialah unsur dan Hakikat unsur, ialah Cahaya Allah. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah Air Kehidupan jika Anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika Anda lihat huruf dakwat hilang.dua Zat ternyata dengan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya keindahannya dan Jalalnya keagungannya Jika ia tidak menampakkan Dirinya pada Anda, di mana lagi ia akan menampakkan Dirinya?Murshid berkata Jika Anda berkehendakkan Bayangannya, lihatlah muka Manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya.


Zat dalam peringkat Ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. KeUjudan

Diketahui daripada kesan Sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada Sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh Sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan Sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah Dunia ini Wujud daripada Sifat? Keupayaan Sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadiKehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja Anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja Anda dapati Akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradatmendapatkan bentuk fikiran kuasa otak pendengaran telinga penglihatan Mata, perkataan lidah.Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh Alam Dunia ini adalah terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.


Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam Ghaib. Apa yang nampak ialah penunjuk Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja.Kita tidak mengetahui Zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak,tidak terjangkau oleh Dzauk, perasaan, fikiran khayalan dan pengetahuan kita


Cinta adalah Rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun Nabi-Nabi dan Wali-Wali Allah.

KUNCI DIRI PRIBADI

 

Ketahuilah bahwa kunci Mengetahui Allah Makrifatullah adalah mengetahui diri sendiri.


Allah akan memperlihatkan pada mereka tanda-tanda kekuasaan Allah atas segenap Ufuk dan pada Diri mereka Sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an tersirat adalah benar.


Siapa saja yang tahu akan Dirinya, maka ia telah Mengetahui Allah Swt


Tidak ada sesuatu pun paling dekat denganmu kecuali Dirimu Sendiri. Maka jika kamu tidak mengetahui Dirimu, bagaimana mungkin kamu boleh mengetahui Allah Swt


Jika kamu katakan bahwa Aku telah mengetahui DiriKU, yang kamu tahu sebenarnya adalah Diri bahgian Jasmani Anggota badan yang terdiri dari tangan, kaki, kepala dan lainnya. Kamu tidak Mengetahui apa yang tersimpan dalam Batinmu, yang bila sedang marah, ia mendorongmu untuk bertengkar. Jika sedang bernafsu, ia mengajakmu kawin. Jika sedang lapar, ia memintamu makan, jika sedang haus, ia menuntutmu minum, dan haiwan sangat mirip denganmu dalam hal ini. Maka itu, yang wajib Anda lakukan adalah mengenalkan Hakikat pada Dirimu hingga Anda tahu apa sebenarnya Dirimu, dari mana kamu datang hingga sampai di tempat ini, untuk tujuan apa kamu diciptakan, dengan apa kamu boleh meraih kebahagiaan dan dengan apa kamu mendapatkan kepuasan.


Dalam jiwamu terkumpul berbagai macam Sifat, diantaranya Sifat-Sifat binatang jinak, binatang buas, pun demikian Sifat-Sifat Malaikat. Maka RUH adalah Hakikat jauharmu yang paling Sempurna, lainnya adalah unsur asing dan kosong telanjang. Maka yang wajib kamu lakukan adalah mengetahui hal ini. Bahwa bagi Sifat-Sifat itu ada kelansongan makananya dan kebahagianya.


Kebahagiaan binatang jinak terletak pada makan, minum, tidur dan kawin, maka jika kamu merasa bahgian dari mereka kenyangkan perutmu dan puaskan kelaminmu. Kebahagiaan akan dirasakan binatang buas ketika mampu menyerang dan melumpuhkan mangsa, kebahagiaan setan terletak pada makar, kejahatan dan tipuan, maka jika kamu merasa bagian dari mereka, berbuatlah seperti yang mereka perbuat.


Kebahagiaan para Malaikat, ketika mereka hadir mengalami indahnya hadrat Allah bagi mereka tak ada jalan sedikit pun untuk Amarah dan Syahwat. Jika Anda merasa bagian dari jauhar Hakikat Malaikat, berjuanglah Mengenal Asalmu sampai Anda tahu jalan menuju Hadrat Ilahi hadirnya kehadrat Allah, sampai Anda boleh menyaksikan Jalal-Nya keAgungan dan Jamal-Nya keindahan. sampai Anda mampu menjernihkan Dirimu dari belenggu Amarah dan Syahwat, sampai Anda tahu untuk apa Sifat-Sifat ini menjadi bagian darimu Allah Swt tidak menciptakan semua Sifat itu agar mereka menawanmu, tapi Ia menciptakannya agar mereka menjadi tawananmu, agar boleh mendorongmu berjalan, yaitu kedua kakimu dan agar salah satunya boleh Anda jadikan tunggangan sedangkan lainnya sebagai senjata hingga Anda mencapai kebahagiaan. Jika Anda telah sampai pada tujuanmu, maka tekanlah ia di bawah kedua kakimu dan kembalilah ke tempat kebahagiaanmu. Tempat itu adalah rumah bagi para khawas orang-orang khusus yang menyaksikan Hadirat Ilahi (al-Hadrah al-Ilahiyyah), sedang rumah-rumah para awam adalah tingkatan-tingkatan dalam syurga. Anda sangat memerlukan dan mengerti makna-makna ini untuk boleh mengetahui sedikit saja tentang Dirimu.


Dan barang siapa yang tidak memahami pada makna-makna ini, maka ia hanya mendapat bagian kepingan-kepingannya saja, kerana Hakikat yang sebenarnya terhijab tertutup bagi Dirinya.

DIMILIKI ORANG MUKMIN

 

Ilmu tentang Allah Swt itu lebih baik daripada Ilmu dan Ibadah keranaNya Ilmu yang paling tinggi dalam tasawuf adalah Ilmu tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah lalu siapakah pula yang dapat mengajarkannya kepada kita melainkan mereka yang pernah berjumpa dengan Allah Swt Sendiri yang mengajari kita apa yang kita tidak tahu lalu dengan kasih sayangNya kita dapat beramal dengannya pula, lalu Batin kita menjadi kuat dan lapang untuk Dia bertajalli dengan DiriNya sendiri kepada DiriNya sendiri


Ilmu mendudukan pemiliknya dipintu langit Akal yang didampingi Wahyu mendudukan pemiliknya di Arsy dan Makrifat mendudukan pemiliknya di sisi Allah Cahaya Makrifat bersambung terus dengan Allah tetapi tidak demikian halnya dengan Cahaya Ilmu


Ilmu boleh dimiliki orang kafir dan Mukmin sedangkan Makrifat hanya dimiliki orang Mukmin. Ilmu bersifat umum , Makrifat berSifat khusus. Akhir Ilmu Iman adalah Awal Ilmu Yakin, Akhir Ilmu Yakin adalah Awal Ilmu Ainal Yakin dan Akhir Ilmu Ainal Yakin adalah Awal Ilmu Haqq Al-Yakin yakin yang tertinggi Bagi Haqq-Al Yakin tidak ada Akhirnya sebagaimana tidak ada Akhirnya bagi Hari Akhirat


Lalu di antara mereka ada yang menganiaya Diri Sendiri, di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebajikan

Yang lebih dahulu berbuat kebajikan adalah orang Alim , yang pertengahan adalah orang yang sedang belajar dan yang menganiaya Diri Sendiri adalah orang yang bodoh dan tidak mahu mencari Ilmu


Semoga Allah Swt sentiasa menganugerahkan kita Ilmu yang bermanafaat dan yang datang dari Ilham Rabbani. Dan semoga Allah Swt memperkenalkan Dirinya kepada kita dan seterusnya mengajari kita secara langsung. Amiiin Ya Rabbal Alamin.

ALLAH MUHAMMAD ADAM

 

Kalau ketiga-tiga ini Umum-nya Satu tapi tiada bercampur kerana Allah dan Muhammad itu Satu bukan bersatu bukan bercampur tapi Satu jua kalau Adam itu tentu-nya Satu jua tapi tiada bercampur kerana Adam itu diciptakan hanya Satu dengan cara Ciptaan yang pertama dan merupakan benda baharu yang akan menemui Mati kerana ianya diberikan Hayat penglihatan dan pendengaran sebagai menyatakan akan Diri-Nya yang sebenar Diri. Lalu di manakah Manusia..?


Cuba di fahamkan Sabda Baginda Nabi Swt iaitu

Ana minallah walmu minuna minni

Aku dari Allah Mukmin itu daripada Aku


Lalu kembalilah kepada Tauhid yang Hakiki Tauhid lah dengan benar-benar bahawa sesungguhnya Allah Semata-Mata yang ada kerana Kalimat Tauhid itu ialah

La maujudun Illa Allah

Tiada sesuatu yang Maujud Wujud kecuali Allah jikalau sudah benar-benar Tauhid maka tiada lagi dipandang Segala gerak dan perbuatan itu perbuatan Makhluk pada Diri Jasad ini melainkan kelakuan dan perbuatan Allah Semata-Mata, tapi ingat bahawa Diri Allah itu tidak bertempat seperti dalam hadis qudsyi menyatakan

Ana makanin, wala lay salli makan

Aku merupakan tempat pada Sekelian yang bertempat tapi Aku tidak mengambil tempat pada Sekelian yang bertempat Apakala sudah sampai di sini maka kembalilah ke tempat sewajarnya dan selayaknya kita berada iaitu pada tempat Mutmainnah, iaitu tempat orang yang jiwa-nya sudah tenang setelah Makrifat dan Tauhid dengan benar-benar Hakiki walaupun begitu tetaplah merasakan dan memandang kepada Allah itu dengan tiada lagi rasa dan tiada lagi pandangan lalu putuskanlah iktiqod Anda bahawa tiada lagi tuhan begitu tuhan begini, bahawasanya ALLAH lah Semata-mata yang ada.


Tapi harus di ingat bahawa bukan bererti di sini Destinasi kita kerana kita bukan tuhan, tapi diri kita hanyalah kenyataan tuhan, maka tempatnya iaitu di Mutmainnah orang yang jiwanya sudah tenang Apabila telah Mengenali Hakikat Diri sebenar Diri, tapi tetap memandang Allah sahajalah ada, seperkara lagi harus di perhatikan, Allah itu tidak bertempat,

Ana makanin, wala laysalli makan

Aku merupakan tempat pada Sekelian yang bertempat, dan Aku tidak mengambil tempat pada Sekelian yang bertempat.


Jika menurut Huraian Saya jalan ini amat mudah difahami kerana tiada berbagai-bagai cara bukan cara lain itu tidak bagus atau tertolak, bahkan Allah telah menyatakan bahawa Ada dari kalangan hamba Aku yang datang kepada Aku dalam keadaan merangkak berlari, berjalan, mengesot dan berbagai lagi bahkan ada yang semacam mendaki juga harus di ingat penjelasan ini bukanlah bererti hendak Mendabik Dada bahawa inilah jalan yang sebenarnya yang harus Anda Mentauhid bahkan ada bermacam-macam cara, maka Andalah yang harus bijak berfikir


Mudah bukan, Anda merasai adanya Allah itu sehingga tiada lagi rasa, iaitu hilang segala rasa sehingga menjadi Kosong ia akan rasa berfikir sehingga hilang segala fikiran menjadi satu dengan perasaan lalu Kosong Sekosong-kosongnya, maka tiada lagi Anda dapati Diri Anda, bahkan Allah lah yang ada, inilah yang perlu dibawa ke dalam Solat, bukan berbagai-bagai iktiqod apabila ini sudah dicapai maka setiap gerak rukuk dan sujud dalam solat itu tidak lagi di pandang sebagai perbuatan Makhluk, bahkan kelakuan dan perbuatan Allah Semata-Mata yang bertajalli pada Sifat Muhammad dan Af’aal-nya, Jasad Jasad ini tempat kenyataan Allah.

DIRI AMPUNYA DIRI

 

Manusia yang dilahirkan adalah Suci, Bersih disisi Allah, tetapi bertukar menjadi kotor dan dihijabkan pula perhubungannya dengan Allah Swt maka terputuslah perhubungan Diri Batin Rahsia Allah dengan Diri Ampunya Diri. Keadaan sebegini boleh diibaratkan hidupnya sebatang tubuh yang berada di dalam gua yang tertutup, gelap-gelita dan tiada sinar serta tiada pula untuk menemui jalan keluar dari gua tersebut. Hidupnya terpaku layu, resah, derita dan sebagainya sehinggalah ianya dapat menerokai kembali jalan keluar daripada gua tersebut.

Begitulah juga perhubungan Manusia dengan Allah, Manusia memerlukan Sinar Hidayat untuk mengeluarkan Dirinya dari hijab kegelapan. Untuk Kembali membuat perhubungan dengan Diri Ampunya Diri. Perlu ditegaskan Hubungan di antara Diri Rahsia dengan Diri Ampunya Diri haruslah dapat berhubung tanpa putus-putus dengan Diri Ampunya Diri di dalam hidupnya dalam tempuh 24 jam setiap hari dan setiap ketika. Kalaulah Diri kasar dapat disegarkan menjadi gemuk dan sihat dengan memberi makan-makanan yang lazat lauk-pauk, Nasi beriani, ikan percik mahupun gulai kari, maka begitulah juga dengan Diri Rohani, memerlukan makanan yang boleh menyebabkannya menjadi segar bersih. Makanan yang dimaksudkan itu adalah Zikir, dengan makanan Zikirlah maka matlamat untuk mengadakan perhubungan dengan Diri Ampunya Diri tercapai di masa Nafas masih panjang, Jasad dan Roh belum berpisah. Justeru itu jika Badan Kasar Manusia memerlukan minuman dan makanan untuk mencapai matlamat sihat, riang dan gembira, maka badan Rohani kita juga tidak terlepas daripada tabii makan dan makanannya tidak lain dan tidak bukan adalah Zikrillah. Maka makanan Zikir ini haruslah disediakan oleh kita supaya badan Rohani kita ini akan menjadi sihat, segar, suci seimbang dengan kesihatan tubuh kasar kita. Kebanyakan daripada kita hanya menjaga tubuh kasar ini dengan rapi, kebersihan di jaga, makan minum di jaga, pakaian di jaga, pendek kata semuanya di jaga dangan rapi. Tetapi jarang sekali daripada kalangan kita menjaga Dirinya yang satu lagi itu iaitu Rohani. Dibiarkan Badan Rohani tersiksa kurus melidi dan menyebabkan jiwanya, Matanya, pendengarannya dikhatam rapi oleh hijab-hijab yang tebal dan terputuslah perhubungan Dirinya dengan Ampunya Diri.

Akibat terputusnya perhubungan manusia tersebut dengan Allah itu, maka terbitlah Sifat-Sifat keji pada Diri Manusia tersebut yang menjauhkan Dirinya dengan Ampunya Diri di samping lahirlah juga perangai-perangai yang dimurkai oleh Syariat dan Hakikat Allah Swt Manusia ini akan hilang perasaannya, hilang pertimbangannya, hilang fikiran baiknya dan juga akan hilang Akalnya menyebabkan benih-benih Iman pada Dirinya menjadi bakot dan Mati berangan. Bila sahaja benih·benih Imannya Mati maka Manusia tersebut akan menjadi sesat dan lupa akan tugas utamanya dengan Allah Swt dan Manusia itu menjadilah ia seekor bangkai yang bernyawa ataupun Tiong berupa Manusia. Menyedari hal ini Manusia harus kembali ke jalan Allah dan Mengenal Allah yang menjadi Tuan Ampunya Diri.

HAKIKAT MUHAMMAD

 

Wajib kita Mengetahui Hakikat Muhammad.


Dalam Ilmu Hakikat Muhammad itu Allah Ini dalam Ilmu.


Dalam Makrifat pengenalan yang sebenar-benarnya Hakikat Muhammad itu bukan zikir-zikir lagi Maka dengan Hakikat Muhammad ini tidak ada zikir-zikir lagi Kerana Hakikat Muhammad inilah bekal yang tidak basi sampai Akhirat Ini yang dibawa Mati Tidak ada zikir lagi.


Lihat ketika berdoa Semua minta Mati dalam Iman Islam dan Husnul Khatimah tapi Hakikat Muhammad tidak mereka ketahui Hakikat Muhammad inilah Mati dalam Iman, Islam, dan Husnul Khatimah.


Muhammad saja sudah selamat.


Cuba perhatikan, siapa yang sampai kepada Allah Siapa yang boleh menembus Zat Asam dan Zat Mutlak kalau bukan Muhammad.


Belajarlah Jangan salah faham Mintalah pada Guru-Guru yang hebat bekal-bekal yang tidak basi sampai Akhirat Sebab ini yang dibawa Mati Tidak ada zikir lagi Bukan seperti kelaziman orang ada yang mahu mati baru dibacakan Zikir laa ilaaha ila Allah.


Nabi Muhammad Saw. itu bukan Mati, melainkan tidur Hakiki. Orang tidur Hakiki ini orang yang tidak tidur di Dunia lagi, tetapi tidur di Maha Suci. Maha Suci inilah tempat Husnul Khatimah. Tempat yang penuh berkah yang penuh rahmat. Inilah pengajian sirri sirrihi, Rahsia di dalam Rahsia. Tidak ada Alam lagi.


Rasanya rasalah yang merasa. Inilah rasa di dalam rasa. Artinya, di dalam rasa itu ada rasa.


Air yang ada gulanya dapat kita rasakan manis. Air yang ada garamnya, Masin. Sedangkan Allah tidak ada rasa-rasa Pecahkan Sendiri supaya terbuka Rahmat Allah Jangan kita merasa yang ada rasa saja, cuba-cuba lah merasa yang tidak ada rasanya. Bagaimana rasanya Barulah tahu Allah itu Sunyi Sepi Tanpa Huruf Tanpa Suara.


Muhammad Saw. tidak ada mengajarkan filsafat dan tidak memiliki filsafat. Akan tetapi, filsafat Muhammad ini Wahyu.

KE-ESAAN DIRI

 


Yang sebenar-benar Allah itu adalah Zat Laisakamishlihi Syaiun

Maka untuk Mengenal Zat Allah Ta'ala ialah dengan kita Mengenal SifatNya melalui jalan Sifat yakni Sifat bagi Zat Allah Ta'ala Sifat itu adalah Sifat bagi Zat Allah Ta'ala yang berdiri bagi Zat tidak bercerai dengan ZatNya.


Alam yang baharu ini sebagai tanda dan dalil Wujudnya Zat Allah Ta'ala Zat itu tidak boleh dikaji sebab Akal kita terbatas dan tidak mampu untuk mengkaji Zat sebab itu hanya kajian Zat diharamkan dan dilarang keras oleh Nabi Saw Kajian Sifat tidak dilarang oleh Nabi Saw maka mengapa kita pula yang melarang orang-orang yang mahu Mengenal Allah Buktinya terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan tentang Sifat bagi Zat Allah Swt.


Peringkat-peringkat Mengenal Allah itu berbeza-beza menurut tahap seseorang Ada yang dapat Mengenal Allah Ta'ala dengan Akal Semata-mata bagi orang awam Dan ada yang dapat Mengenal Allah dengan Hati, Jiwa, perasaan , Ruh, dan Sirr. Peringkat tertinggi adalah bagi Nabi saw diikuti oleh para Aulia Allah sepertimana kisah , Zunnun al Misri Rth. pernah ditanya tentang bagaimana memperoleh Makrifat itu, beliau berkata

Ariftu Rabbi bi Rabbi yang Artinya Aku Mengenal Tuhanku dengan Tuhan Kerana Mengenal Allah tidak akan boleh dengan logik dan Akal melainkan dengan Hati Sanubari yang bersih dan selalu diisi dengan Asma' Agung Allah Ta'ala


Beliau Mengatakan bahwa Akhlak seorang Arif billah adalah Allah Ta'ala dan orang yang Arif billah akan bersifat seperti Akhlak Allah Ta'ala dan selalu menjaga perilakunya agar tidak terjebak dalam Dunia yang menghanyutkan dan menghinakan orang yang dekat kepada Allah Jangan salah faham kenyatan ini sebab Nabi saw apabila ditanya kepada Saydatina Ummul Mukminin tentang Akhlak Nabi saw Aisyah Ra menjawab Akhlak Nabi saw adalah Al Quran Maksud nya di sini mempunyai makna yang sama dengan Akhlak Allah kerana Al Quran itu Kalamullah.


Golongan Anti Tasawwuf yang tidak Mengerti akan senang wenang menuduh kaum Sufi sesat , sebenarnya mereka yang tidak faham. Kalau mereka mengkaji kitab-kitab Tauhid dan Tasawuf pun mereka tidak akan faham kerana Hati mereka telah dibutakan oleh Allah Swt. Nauzubillahiminzaalik.


Makna Ariftu Rabbi bi Rabbi Itu Aku Mengenal Tuhanku dengan Tuhanku ialah Mengenal Allah Ta'ala dengan pengenalan terus daripada Allah Ta'ala yakni dengan Ilmu Allah Ta'ala. Saat paling Sempurna semasa Hayat Nabi Mengenal Allah Ta'ala adalah Semata Mikraj Nabi saw. Dan saat paling sempurna baginya adalah sejak Azali awal kejadian Hakikat Muhammadiah dan juga selepas Wafat Nabi Saw. Ia adalah satu pusingan Makrifat yang Sempurna dari Awal hingga ke Akhir Hayat Nabi Saw Nabi telah menyempurnakan pusingan Makrifatnya dengan Allah Ta'ala secara Mantap berdasarkan Ayat Innalillahi wainna ilahirojiunn Makna ini Aku sesuaikan dengan kefahaman orang awam. Makna Hakikinya hanya mereka yang mengalaminya yang akan memahaminya.


Apakah kita telah menyempurnakan pusingan Makrifat kita dengan Allah Ta'ala Tanyalah Diri masing-masing dan kamu tentu sudah tahu jawapan nya di mana kedudukan kamu. di sisi Allah Ta'ala. Adakah Ilmu yang Aku bicarakan ini sesat Atau Manusia kebanyakkan yang telah jauh tersesat dari landasan Makrifatullah Atau adalah Manusia takut untuk Mengenal Allah Ta'ala kerana tidak sanggup berjumpa dengan Allah membawa segunung Dosa dan melupakan perjanjian dengan Allah di Alam Nur dan Alam Ruh.


Kita memandang kebesaran Allah Swt. dari sudut pandangan yang berbeza-beza , apa yang kita nampak itulah yang kita faham. Kita keliru bila berbeza-beza pandangan sesama kita.

Apabila kita memandang kebesaran Allah Swt dari sudut pandangan yang lain pula, apa yang kita nampak tetap kebesaranNYA tiada yang lain.

Memandang kebesaran Allah Swt dari sudut pandangan yang lebih luas akan meluaskan Akal dan pemikiran kita.


Kalau kamu ingin tahu bagaimana Ajaran Tauhid yang tulin dan benar kembalilah kepada Allah Ta'ala dengan Mentauhidkan Diri.


Maka barang siapa yang tidak menurut jalan Allah dan Rasul serta orang-orang soleh adalah mustahil dapat menemui jalan Tauhid ini. Ini lah siratul mustaqim yakni jalan Makrifatullah , jalan yang lurus meluruskan kita kepada Makrifatullah. Awaluddin Makrifatullah, Akhir Agama dengan Kalimah Laailahaillallah . Apakah kita mampu untuk mengucapkannya. Waktu kita hidup di Dunia ini cuma di antara waktu Azam serta iqamah dan menunggu waktu disembahyangkan.


Jangan biarkan pohon Tauhid Anda Umpama pohon yang sudah kering dan tidak berbuah.


Mampukah Anda menyelamatkan pohon Tauhid Anda diwaktu puting beliung Sakratul Maut Melanda.


Berusahalah mencari Guru-Guru Ilmu Tauhid dan mendalami selagi nyawa dikandung Badan. Semoga Anda semua mendapat Menafaat dari perbincangan yang sedikit ini , janji Allah Swt itu Pasti Mohonlah petunjuk dari Allah Swt , diperlihatkan jalan untuk menghampiri Allah Swt.

MATILAH SEBELUM MATI

 

Matilah sebelum Mati itulah yang menjadi salah satu Nasihat dari Rasulullah SAW Tentu Nasihat tersebut tidak sembarang diucapkan tanpa adanya makna dibalik kata-kata tersebut.


Banyak orang Islam Sendiri yang mungkin bingung dengan apa yang harus dilakukan bila Manusia Mati sebelum ajal menjemput. Mati pada pembahasan kali ini bukan mengajarkan Manusia untuk bunuh Diri dan semacamnya, namun lebih kepada Mati secara Hawa Nafsu


Intinya adalah bahwa Urusan Duniawi seharusnya menjadi hal yang tidak diutamakan kerana Manusia dengan Sifat Duniawinya memiliki Hawa Nafsu yang besar. Berikut adalah penjelasan Hakikat Mati serta cara Mati sebelum Kematian yang sebenarnya datang


Pesan Rasulullah Saw Matilah Sebelum Mati yang Sebenarnya


Mati memang pada Dasarnya merupakan sebuah peristiwa di mana Ruh Manusia terbebas dari Jasadnya, sehingga perlu diupayakan untuk tidak membuat Ruh terkukung oleh Hawa Nafsu dan Jasmani.


Manusia memegang kendali atas Hawa Nafsunya sehingga seharusnya Hawa Nafsu dapat dikawal oleh Ruh Manusia, dan bukannya Ruh Manusia yang dikendalikan oleh Hawa Nafsu.


Mematikan Diri seringkali dianggap sebagai Bunuh Diri, padahal bukan Mati tersebut yang dimaksudkan oleh Rasulullah, namun lebih ke memperbaiki Diri sebelum Ajal menjemput.


Hakikat Mati menurut Islam dan mematikan Diri sebelum benar-benar Meninggal atas Sabda Rasulullah adalah dengan menutup Mata sejenak dan bahwa Jenazah Anda ada di atas keranda Mayat dimana para pengantar Jenazah turut mengiringi.


Intinya, keadaan bagaimana yang diinginkan sesudah Meninggal, maka jadilah seperti yang diinginkan ketika Anda sekarang tengah hidup di Dunia. Memperbaiki segala kesalahan adalah yang terutama berikut juga tingkah laku.


Bertaubat adalah jalan yang kemudian boleh ditempuh apapun perbuatan Maksiat yang telah dilakukan. Ada lembaran baru yang boleh dibuka di kemudian Hari untuk kemudian melanjutkan Hidup dengan mendekatkan Diri kepada Allah disertai hidup dengan Budi pekerti yang benar.


Membersihkan Diri dari pengkhianatan, iri Hati dan Dengki juga penting. Jika nantinya para saksi, yaitu Makhluk Ibarat pena Allah bersaksi baik, kesaksian tersebut akan Allah terima di sisi-Nya. Itulah cara belajar Mati sebelum Mati.


Mati yang dinasihatkan oleh Rasulullah sebenarnya adalah Mati yang meninggalkan segala kemahuan Hawa Nafsu dan kebiasaan buruk. Selain dari Tabiat Buruk yang perlu ditinggalkan, Manusia juga dinasihatkan untuk meninggalkan Makhluk dengan tidak bersandar serta mengikuti mereka.


Selain dari Allah, hendaknya Manusia tidak berharap kepada Makhluk lainnya. Amal yang diperbuat hendaknya hanya untuk Allah secara Ikhlas. Bahkan dalam beramal pun Manusia tidak boleh melakukannya hanya demi mengharap Pahala dan Nikmat-Nya Semata, tapi kerana memang Allah menjadi Nombor Satu dalam hidup seseorang. Belajarlah Mati sebelum Kematian itu datang secara sesungguhnya.


Manusia juga diharapkan untuk senantiasa Ridha akan segala tindakan, Gadha dan pengaturan dari Allah. Bila Manusia boleh Ridha dalam segala hal, maka Hidup dan Mati tidak akan perlu dikhawatirkan kerana Manusia akan selalu bersama-Nya.


Dengan melakukan Mati Sebelum Meninggal yang sebenarnya, ada ketenteraman yang akan memenuhi Kalbu.

Kalbu Manusia akan dapat selalu dekat kepada Allah dan mengandalkan-Nya daripada ke sesama Manusia.


Berbagai keuntungan boleh didapat dengan mematikan Diri Sebelum Mati yaitu Diri kita akan dicukupkan dengan Ma’unah atau pertolongan di Dunia dan Akhirat. Allah-lah yang akan memberikan perlindungan, senantiasa menjaga umat-Nya dalam kehidupan dan kematian serta di segala Amalan.


Utama mematikan Diri adalah untuk boleh memahami yang baik dan yang buruk. Demi hidup yang lebih baik di Dunia dan Akhirat, maka teruskanlah untuk Matilah sebelum Mati

KALIMAH TAUHID YANG MULIA ALLAH

 

Rahsia Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran Sifat Allah yang dinamakan Ujud Qidam Baqa Mukhalafatuhu Lil Hawadits dan Qiamuhu Ta’ala Binafsihi yaitu kaliamah LA

Ada pun yang dikatakan Nyawa Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran Sifat Allah dinamakan kalimah Ilaha yaitu Sama Bashar Kalam Sami’un Basirun dan Mutakalimun.yaitu kalimah Ilaha

Adapun yang dikatakan Hati Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran Sifat Allah yang dinamakan Illa yaitu Qudrat Iradat Ilmu dan Hayat,yaitu kaliamah Illa.

Adapun yang dikatakan Tubuh Muhammad itu,sebenarnya tiada lain dari pada kezahiran sifat Allah yang dinamakan kalimah Allah yaitu : Qadirun Muridun Alimun Hayyun dan Wahdaniyat,yaitu kalimah ALLAH.


Jadi jelas bahwa Muhammad itu adalah Sifat Allah jua.yaitu Sifat kebesaran,keelokan,dan kesempurnaan yaitu yang dinamakan dengan kalimah Tauhid Artinya Esa.

Kalimah yang mulia yaitu : LA ILAHA ILLA ALLAH Artinya tiada yang terdahulu hai Muhammaad dan tiada yang terkemudian ya Muhammad malainkan tiap-tiap sesuatu itu beserta Allah.

Maka wajiblah diketahui maksudnya kalimah yang itu,supaya menjadi Tauhid dan Makrifat.

Adapun kalimah La Ilaha Illa Allah itu terbagi dua: pertama La Ilaha-dan kedua Illa Allah.

Adapun La Ilaha itu, Sifat kekayaan yang tiada ada kekurangan yang masih berkehendak yaitu Muhammad.

Kemudian hendaklah kita ketahui,yang bernama Muhammad itu,apa oleh Allah Ta’ala dan yang bernama Alllah Ta’ala itu,apa oleh Muhammad supaya benar-benar boleh menjadi Tauhid pada Kalimah yang Mulia itu adanya.


Ada pun itu,hamba Artinya hamba itu,Ilmu-nya Rahsia-nya oleh Allah Ta’ala: kerana Allah itu nama bagi zat yang Wajibal Wujud dan Mutlak,yakni Bathin Muhammad dan Ta’ala itu adalah nama bagi Sifat,yakni Zahir Muhammad.

Jadi jelaslah Zahir dan Bathin Muhammad itulah yang bernama Allah Ta’ala dengan Demikian maka patutlah Kalimah yang mulia itu dinamakan Kalimah Tauhid Artinya Kalimah Esa yaitu: La Ilaha Illa Allah,maka kalimah yang Mulia ini pertemuan hamba dengan Allah

Lagi pula, Kalimah yang Mulia ini diumpamakan Sebesar-besar dan Selebar-lebar gedung perhimpunan Segala Rahsia, Segala Ruh,segala Nyawa,segala Ilmu,serta isinya Islam dan Iman,segala Tauhid dan Makrifat yang kesemuanya itu adalah terhimpun didalam Kalimah yang Mulia itu adanya

La Ilaha Illa Allah pada Makrifat Artinya Tiada ada Ujud sesuatu pun melainkan Allah jualah yang Maujud.

HURAIAN GURU MURSYID

 

Guru Mursyid berkata Hatimu sekarang bersama Allah dan Allah bersama Engkau, tidak jauh dari Engkau, Ia mendekatkan Engkau kepada Allah, dan mengenalkan Engkau dengan Allah Orang yang menjalankan Tarikat Zikir secara sungguh-sungguh tidak mempunyai rasa Khuwatir dalam menjalani hidup tidak Waswas dalam menjalankan sesuatu kebenaran dan tidak berprasangka buruk terhadap orang lain Hati mereka tenang jiwa mereka tenteram

orang-orang yang beriman dan Hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah Hati menjadi tenteram.


Dengan menjalankan Tarikat Zikir dan latihan-latihan Tarikat, kaum Sufi merasakan kelazatan Ibadah, merasakan makna- makna Alquran yang mulia dan Sunnah yang Suci yang belum tentu dapat dirasakan oleh orang-orang lainnya.


Sampai di tingkat tertentu orang yang bertarikat Zikir merasakan seluruh Alam dan Dirinya hancur lebur masuk ke dalam ALLAH SWT Pada saat ini orang tersebut berada dalam tingkat yang FANA.


Semua yang ada di Bumi itu akan Binasa. Dan tetap kekal Dzat Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dzikrullah itu dapat mengangkat seorang hamba yang Mukmin dari Bumi Syahwat ke langit Makrifat. Rasulullah SAW berSabda Tidak ada seorang pun yang berkata

Laa Ilaaha Illallah

secara Ikhlas dalam Hatinya, kecuali Allah membukakan pintu langit sehingga ia boleh meninjau Arasy.

SHOLAT DALAM PANDANGAN ILMU HAKIKAT

 

Pandangan Hakikat Sholat bukan Menyembah namun Sholat adalah berdiri menyaksikan Diri Sendiri yaitu bersaksi Diri kita Sendiri bahwa Tiada Nyata pada Diri Kita Hanya Allah yaitu Diri Batin Muhammad Mustaffa dan Diri Dzahir kita itu menanggung Rahsia Allah


Pengertian SHOLAT HAKIKI ter-urai dalam kalimah ALHAMDU Alif Lam Ha Mim Dal yang bermaksud SEGALA PUJI MILIK ALLAH. Inilah perkataan yang mula mula dilafazkan oleh Manusia yaitu Nabi Allah Adam A.S


ALIF Melambangkan NIAT kerana niat itu ialah mendzahirkan DIRI BATIN. Diri inilah IMAM yang kita ikuti yaitu ULIL AMRI atau pemerintah pemimpin.


LAM Bila telah nyata Diri Batin, maka kita lafazkan TAKBIR RATUL IHRAM. Maka berawal dari sini bukanlah Manusia yang berkehendak tetapi segala-galanya adalah digerakkan oleh Allah.


HA Apabila telah nyata Allah menguasai Diri kita, maka kita pun rukuk menandakan kita tunduk patuh akan Kebesaran Allah dan siap menerima segala PerintahNya.


MIM Maka Diri kita mengakui bahwa Dzat Allah itulah Allah Sekelian Alam yang meliputi seluruh Diri kita Mengwujudkan dan Menghidupkan kita. Kita pun Sujud menandakan rasa Syukur kita.


DAL Satelah kita tahu Dzat telah Mengkurniakan kepada Diri kita menjadi KhalifahNya dibumi ini, maka kita pun merendah Diri atas Kurnia itu yang tidak dikurniakan Allah kepada Makhluk lain selain Manusia

SYUHUDU WAHDAHU FI WAHDAH

 


Saksilah pada yang Satu didalam yang Satu.


Sesungguhnya maksud saksilah pada yang Satu didalam yang Satu adalah dengan cara berAmal penyaksian yang Satu dari yang Satu yaitu semuanya dari pada Allah dan kembali kepada Allah.


INNA LILLAHI WAINNA ILLAIHI ROJIU’N


Semuanya dari Allah dan harus kembali kepada Allah


Zat itu dari pada Zat yang Satu,

Sifat itu dari Sifat pada yang Satu,

Asma, itu dari pada Asma yang Satu

Af’aal itu didalam Af’aal yang Satu


Zat Sifat, Asma, dan Af’aal Allah Taala

Semesta Alam jua,


Sesungguhya semua yang Wujud dan Zahir adalah dari pada yang Satu dan sebenarnya memang Satu dan tidak disekutukan dengan yang lain dari pada yang Satu.


Bahwasanya Allah Taala menzahirkan SifatNya untuk menyatakan ZatNya dan menzahirkan Af’aalNya untuk menguji SifatNya dan menzahirkan AsmaNya Semata-mata untuk menyatakan Sifat Af’aalNya dan ZatNya.


Tidak ada sebab lain Allah Taala menzahirkan segala-galanya melainkan untuk Dirinya saja

Setelah kita menyentuh dan memahami tentang konsep tentang ZIKIR tersebut maka kita harus juga membicarakan tentang petuah-petuah dan adab-adab berzikir supaya Zikir yang dilafazkan itu akan mencapai tujuan untuk membersihkan Hati kita dengan Allah Swt


Perlu untuk ditegaskan disini bahwa sesuatu Zikir yang dikerjakan tanpa mengikuti adab dan petuah-petuah berzikir Nescaya zikir tersebut akan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai matlumat Zikir yang sebenarnya.


Banyak orang berzikir mengikuti selera masing masing, terasa hendak berzikir dengan nyaring lantas dinyaringkan suaranya, terlintas dihatinya hendak dilagukan Zikir tersebut, lantas dilagukanya, terasa hendak dilenggak-lenggokan tubuhnya, lantas dilenggak-lenggokkan tubuhnya, pendek kata berzikir bagi mereka adalah dengan cara melafazkan Zikir mengikuti sekehendak Hati tanpa mendapat petuah yang Mutlak untuk mencapai Matmulat Zikir yang dikerjakannya.

ALLAH

 


Tidak Syah Sholat seseorang melainkan dengan Mengenal akan Allah


Di dalam perjalanan Makrifatullah Mengenal akan Allah maka di mulai dengan Mengenal akan Diri sendiri Diri yang sebenar-benarnya Diri Sebab Diri yang dikatakan sebenar-benarnya Diri itu, yang memiliki Hubungan langsung dengan Allah. Tentu bagi mereka yang sudah faham tentang Makrifat telah Mengetahui yang mana Diri yang harus di kenal itu.


Akan tetapi dari mereka-mereka yang telah kenal akan Diri banyak yang tidak menyedari bahwasannya apa yang telah dilaluinya diketahuinya itu masih Sebatas Kulit dalam pandangan Arifbillah.


Kenapa demikian..? kerana Diri yang banyak diketahui oleh Sebahgian penuntut Makrifatullah itu masih terbatas kepada Diri yang ada pada Dirinya Sendiri. Dan ada juga yang terbatas pada pandangannya kepada Orang yang diistimewakan dan diAgungkannya.


Sedangkan Makrifat yang sebenarnya dan Sesempurna-Sesempurnanya adalah Makrifat yang Sejati tidak ada batasannya dan tidak terbatas oleh Diri Sendiri saja mahupun orang tertentu saja.


Setiap orang yang berada di dalam lingkaran Makrifat merujuk kepada Sumber Pengetahuan Allah Sumber Hakikatullah yang di sebut dengan Nur Muhammad, Sebagaimana dalil yang telah diFahami oleh mereka-mereka yang berFaham Makrifat bahwa Nur Muhammad itu Awal-Awal dari segala sesuatu. Dengan Nur itu maka terciptalah Seluruh sekelian Alam beserta isinya.


Bahwasannya Allah Swt telah menjadikan akan Ruh-ku daripada Zat-Nya sedangkan sekelian Alam beserta isinya terbit dari pada Nur-ku

Nur Muhammad


Sesungguhnya Aku adalah Bapak sekelian Ruh sedangkan Adam adalah Bapak dari sekelian Batang tubuh Jasad.


Dari dalil tersebut telah menguraikan bahwa Hakikat Nur Muhammad itu tidak hanya ada pada satu Diri saja melainkan ada pada setiap yang Maujud. Sehingga tak terbatas bagi Nur Muhamad itu, melainkan meliputi sekelian Alam termasuk pada Diri Sendiri.


Jika seseorang Mengenal akan Allah melalui Nur-Nya Nur Muhammad yang ada pada Dirinya Sendiri maka belum lah dikatakan Mengenal akan Allah yang meliputi sekelian Alam. Begitu juga jika seseorang Mengenal akan Allah melalui Nur-Nya Nur Muhammad yang ada hanya pada orang-orang tertentu yang diistimewakannnya dan diAgungkannya dari Diri Ustadz-ustadznya, Guru-gurunya, Syaikhnya ataupun Mursyidnya maka sesungguhnya ia masih terhijab oleh yang sesuatu yang dipandangnya.


Rumus dari pada Makrifatulah yang sebenarnya dan itu adalah .


Syuhudul Wahdah Fil Katsroh, Syuhudul Katsroh Fil Wahdah.


Memandang yang Satu Nur ada pada yang banyak, memandang yang banyak ada pada yang Satu


Saya katakan bahwa seseorang yang Mengenal Allah sebatas pandanganya kepada Dirinya Sendiri atau orang tertentu yang diistimewakan dan diAgungkannya maka mereka itu Mengenal akan Allah masih sebatas Kulit saja dari pemahaman Marifatullah yang sesungguhnya.


Jika demikian, bagaimana mungkin ia akan sampai kepada keikhlasan tertinggi dan bagaimana mungkin ia mengatakan telah bertemu dengan Allah sedangan di halaman Istana Allah saja DARKATUL QUDRAT ia belum memasukinya, kerana masih terdinding terhijab pandangannya dari sesuatu selain Allah Swt HAQQUL HAKIKI.


Jika Anda benar-benar ingin menjumpai Allah dan bertemu dengan Allah maka lepaskanlah pandangan Hatimu dari sesuatu apa pun. Jangan berhenti pada pandangan

JAMALULLAH KEINDAHAN ALLAH

maka Nescaya Engkau akan mabuk dan takjub di dalamnya.


Pandanganmu akan Hakikat Nur yang ada hanya pada Dirimu saja atau yang ada hanya pada orang yang Engkau kagumi dan istemawakan saja membuktikan bahwa tanpa Engkau sedari Engkau telah tenggelam dan mabuk di dalam Sifat

JAMALULLAH KEINDAHAN ALLAH.


Ketahuilah! Bahwa untuk sampai kepada Allah Swt dengan melalui EMPAT tahapan, yaitu


JALALULLAH Kebesaran dan Keagungan Allah


JAMALULLAH Keindahan Allah


QOHARULLAH Kekerasan Kepastian Allah)


KAMALULLAH Kesempurnaan Allah


Untuk boleh menaiki tahapan-tahapan tersebut agar sampai kepada

KAMALULLAH KESEMPURNAAN ALLAH

Maka Wajib baginya Satu Pandangan yaitu Allah Swt tanpa melalui perantara selain Nur Muhammad. Sedangkan Nur Muhammad itu meliputi setiap yang Maujud termasuk pada Diri Sendiri.


Sehingga yang dikatakan sebenar-benarnya Guru Mursyid Murobbi adalah Nur Muhammad Rasulullah Saw sebagai pemegang Kunci Pintu Surga/MIFTAHUL JANNAH.


Siapapun mereka itu, jika Satu yang di pandang yaitu Allah Swt, melalui Hakikat Nur Muhammad yang meliputi sekelian Alam maka tidak ada sebutan yang pantas baginya selain ARIFBILLAH.


Jika masih ada pandangan yang terbatas atau dibatasi tentang Hakikat Nur Muhammad itu pada beberapa Diri saja maka belumlah pantas baginya menyandang sebutan ARIFBILLAH melainkan mereka itu masih di sebut dengan orang yang berada pada TARIKAT Perjalanan menuju kepada Allah.


Mursyid Murobbi tidak hanya ada pada satu Diri

Melainkan Meliputi setiap Sekelian Alam


Siapa yang sanggup mematikan Diri


Itulah Langkah Awal Menuju Diri Sejati


Jangan tertipu dengan apa yang dipandang


Kerana semuanya hanyalah Bayang-Bayang


Tidak terpisah Al-Haq dengan selayang pandang


Tujulah kepada satu yang ada di dalam pandang


Belumlah dikatakan sebenar-benarnya Mengenal


Sebelum Engkau mengerti JALAL, JAMAL, QOHAR DAN KAMAL


Empat Sifat yang Maujud dan Nyata pada Nur-Nya


Alif itu menunjukkan akan Zat-Nya


Lam Awal adalah ketetapan Sifat-Nya


Lam Akhir kenyataan Asma’Nya


Sedangkan Ha adalah bukti dari Af’aal-Nya


Kesempurnaan Allah dalam keserba meliputannya


Pada Muhammad Rasulullah segala Rahsianya


Sebagai inti dasar dari sekelian Alam


Menjadi saksi kemaujudannya


Alif adalah Jati Diri Muhammad


Kaf itu adalah Ilmu Muhammad


Ba’ adalah Kelakuan Muhammad


Ro’ itu kehendak pada Diri Muhammad


Dari situlah Maha Agung Allah Ta’ala


Dalam keserba Meliputan sekelian Alam


Allah dan Muhammad Satu Rahsia


Menjadi Kalimah ALLAH dan AKBAR


Kerana itulah Rasulullah bersabda


Agungkanlah dan besarkanlah Kalimah Allah : Allahu Akbar…. Allahu Akbar…… Allahu Akbar Walillahil hamd.

ESA

 


Qadim Martabat ketuhanan ada tiga macam sebutannya yakni AHADIYAH WAHDAH WAHADYYAH


Zat Allah Sifat Allah Asma Allah


Muhadast Martabat kehambaan ada Empat macam Alam yakni


Alam Roh Alam Misal Aalam Jisin Alam Insan


Bermula Martabat kehambaan yang Empat macam itu dan Martabat ketuhanan yang Tiga macam itu juga tapi tiada berbunyi pada orang Arif atau pun dengan kata lain Mengenal Kerana adalah Martabat yang Empat adalah nyata Bayang-Bayang Martabat yang tiga itu juga, maka Bayang-Bayang itu tinggalnya dan cerainya dengan Bayang-Bayang masih wujud Hakikat rupa kita itulah kita kembalikan kepada yang Ampunya rupa Dan Hakikat rupa kita itu pulalah yang diakui ALLAH SWT Rupa Allah itu rupa kita dan Hakikat Zat rupa itulah Allah yang Wujud yang Muhdiaf. Dan sebenarnya Diri adalah nyawa itulah hamba dan Allah itulah yang kita perwujudi segala yang ada di Alam Semesta ini besar atau pun kecil dan sebagainya. Pandang lahir atau pun Batin dan yang sebenarnya rupa itulah yang tiada bertulang dan tiada berdaging. Dan singgih rupa itu berbagai dan berwarna. Hanya ESA. Juga Makrifat kita hilanglah penglihatan yang Batin juga rupa yang ESA Inilah pengakuan kita yang wajib kita ketahui supaya kita jangan menjadi orang SYIRIK ataupun orang KAFIR.


Penjelasan Hanya AKU ALLAH. Allah pun AKU dan Muhammad adalah Diri AKU Melihat Diri AKU


Laahaula Walaa Kuwwata illa Billah

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

 

Permulaan Agama mestilah MENGENAL ALLAH.


Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku


Ya Muhammad Aku jadikan baharu Alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan Engkau kerana Aku. Maka Engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.


Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas.


Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah Amal kebajikan serta solat kamu yakni Umpama debu yang berterbangan diudara ditiup Angin


Engkau itu Aku dan Aku itu Engkau


Oleh itu saudaraku sekelian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.


Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan Amal Ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :-


Pertama


Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.


Kedua


sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.


Ketiga


sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.


Keempat


Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pendoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.


Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walau pun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secara terang dan jelas.


Berkali kali Huraian Aku ini adalah Aku Memuja Diri Aku sendiri dengan ketentuan Aku pasti Aku ketemu Diri Aku yang SEJATI

MENGENAL AKU

 


Guru Mursyid berkata Hatimu sekarang bersama Allah dan Allah bersama Engkau, tidak jauh dari Engkau, Ia mendekatkan Engkau kepadaNya, dan Mengenalkan Engkau denganNya.


AKU PERBENDAHARAAN yang tersembunyi

Aku cinta untuk dikenal

maka Aku ciptakan Makhluk agar mereka Mengenali Aku

Allah Ta'ala berfirman .

Wahai hamba.

Engkau tiada memiliki sesuatu pun,

kecuali apa yang Aku kehendaki untuk menjadi milikmu.

Tiada juga Engkau memiliki Dirimu,

Kerana Akulah Maha PenciptaNya,

Tiada pula Engkau memiliki jasadmu,

Maka Akulah yang membentukNya,

Hanya dengan pertolongan Aku,

Engkau dapat berdiri

dan dengan Kalimah AKU

Engkau datang ke Dunia ini.

Wahai hamba.

Katakanlah TIADA NYATA HANYA ALLAH,

kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar,

maka tiada ALLAH melainkan AKU

dan tiada pula Wujud sebenarnya Wujud kecuali AKU

dan segala yang selain daripada Aku

adalah dari buatan tangan Aku

dan dari tiupan Ruh Aku

Wahai hamba.

Segala sesuatu adalah kepunyaan Aku

Bagi Aku dan untuk Aku,

Jangan sekali-kali Engkau merebut apa yang menjadi kepunyaan Aku

Kembalikan segala sesuatu kepada Aku

Nescaya akan Aku buahkan pengembalianmu dengan tangan Aku

dan Aku tambah padanya dengan kemurahan Aku

Serahkan segala sesuatu kepada Aku

Nescaya Aku selamatkan Engkau dari segala sesuatu.

Ketahuilah.

bahawa hamba Aku yang terpercaya adalah

yang mengembalikan segala yang selain Aku kepada Aku

Tengoklah dengan pandangan tajam kepada Aku

bagaimana cara Aku melakukan pembahgian,

Nescaya Engkau akan melihat pemberian dan penolakan

merupakan dua bentuk yang di-Asma-kan,

agar dengan demikian engkau Mengenal Aku

Wahai hamba.

Sesungguhnya Engkau telah melihat Daku sebelum Dunia terhampar

dan Engkau Mengenal siapa yang telah Engkau lihat.

dan kepada Akulah Engkau akan kembali,

Kemudian Aku ciptakan sesuatu untukmu

dan Aku labuhkan tirai hijab atasmu.

Lalu Engkau pun tertutup dengan tirai Dirimu sendiri

kemudian Aku menghijab Engkau dengan diri-diri yang lain,

yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan pada Dirinya

dan menjadi penghijab daripada Aku

Setelah semuanya itu,

maka Aku pun Kembali menyata di balik semuanya itu,

dan dari belakang semuanya itu

Aku perkenankan akan Diri Aku

Aku katakan kepadamu.

Bahawasanya Akulah Maha Pencipta;

Akulah yang menciptakan kesemuanya itu

dan bahawasanya Aku menjadikan Engkau khalifah atas semuanya itu

dan ketahuilah.

bahwa kesemuanya itu adalah Amanah pada sisimu.

dan diharuskan kepada pengembalian Amanah itu untuk

mengembalikannya.

Maka telitilah Dirimu setelah Engkau mempercayai AKU

sudahkah Engkau mengembalikan segala sesuatu itu kepada Aku

dan sudahkah Engkau memenuhi perjanjian yang telah Engkau buat

dengan Aku

Dan barang siapa yang menepati janjinya kepada Allah,

maka Allah akan menyatakan Dirinya dengan Sebenar benar Dirinya yang SEJATI.

SEMBAH YANG SEBENAR

 

Penyembahan yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila Hijab yang menutup Hati tersingkap agar Cahaya Abadi menyinarinya. Hanya selepas itu Hati menjadi terang dengan Cahaya Ilahi. Hanya selepas itu roh menyaksikan perumpamaan Ilahi itu.


Tujuan diciptakan Alam Maya adalah untuk ditemui khazanah Rahsia itu. Allah berfirman melalui Rasul-Nya:

Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan Makhluk agar Aku dikenali.


Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam Dunia ini melalui Sifat-Sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan Mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi dengan Mentauhidkan Diri. Di situ melihat Allah adalah secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang melihatnya adalah Mata Bayi Hati


Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Allah mereka melihat.


Nabi Saw berSabda, Aku melihat Allah di dalam rupa jejaka tampan. Mungkin ini adalah Bayangan Bayi Hati. Bayangan adalah Cermin. Ia menjadi alat untuk menzahirkan yang Ghaib.


Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu sama ada Bayangan atau bentuk. Bayangan adalah Cermin, walau pun yang kelihatan bukanlah Cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam Cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana ia adalah Hakikat kepada Alam Rahsia-Rahsia.


Tetapi semuanya berlaku pada Makam Sifat. Pada Makam Zat semua kenyataan hilang, lenyap. Orang yang di dalam Makam Zat itu sendiri lenyap tetapi mereka merasai Zat itu dan tiada yang lain.


Betapa jelas Nabi Saw menggambarkannya, Aku daripada Allah dan yang beriman daripada Aku Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya.


Aku Ciptakan Cahaya Muhammad daripada Cahaya Wujud Aku sendiri.


AKU DARI NUR ZAT SEKELIAN CAHAYA ALAM DARI NUR MUHAMAD

TAUHID

 


Merenung sejenak apa kah Aku ini seorang Agama yang sebenar benar Taqwa kepada Allah Swt dan benar kah Aku ini

terdiri dari kalangan yang menjunjung titah perintah Nabi Muhammad Saw


Pakaian setiap hamba Allah itu ada lah

Iman Islam Tauhid Maarifat terdapat banyak Ayat di dalam Alquran menerangkan perkara ini dari itu Aku rasa ada lah lebih baik jikalau Aku mencari nya sendiri.


Di dalam Diri Aku ada seketul daging yang mana kalau ia nya dapat di penuh kan dengan Empat perkara diatas sudah tentu lah akan hidup Akhlak Agama itu Dzahir dan Bathin

Sebalik nya kalau Aku asyik sibuk memerhatikan kesilapan

orang lain ada kah masa untuk Aku memulihkan daging tersebut dari perasaan geram, marah dan sebagai nya.


Kalau lah Aku ini seorang yang benar benar beriman sudah tentu Aku akan dapat satu Anugerah dari Allah itu ketenangan jiwa, tidak kah Aku teringin untuk mendapatkan Anugerah tersebut


Apabila sudah menjadi seorang yang benar beriman baru lah boleh menjadi seorang Agama yang bersedia untuk Mentauhidkan Allah dengan menyempurnakan tugas sebagai seorang hamba dari Awal hingga sampai

kersudahan nya Orang ini biasa nya akan lebih

menghukum Diri nya Sendiri dari menghukum orang lain.


Apabila lengkap dan mesra Empat perkara didalam Seketul daging tersebut

melipah lah Cahaya itu lah yang dinamakan Makrifat dengan Sebenar benar kenal Allah Swt


Aku perhatikan di dalam Diri Aku

apa kah Aku ini seorang Agama yang mencitai

Allah Bila kah kita akan menjadi seorang yang benar benar mencintai Allah. Esok ,lusa atau bila.


Aku dirahmati Allah Mencari Nur illahi

supaya Aku dapat merasakan hebat nya Cinta sebenar itu.


ALLAH YANG KU MAKSUDKAN KEREDZAAN YANG AKU CARI


HAKIKAT PARA SUFI

 


Para Sufi menyebut Diri mereka Ahli Hakikat Penyebutan ini mencerminkan mereka terhadap kebenaran Hakiki kerana itu mudah difahami kalau mereka menyebut Allah dengan al-Haqq, seperti yang tercermin dalam ungkapan al-Hallaj Aku adalah Allah Ana al-Haqq terhadap Hakikat ini tercermin dalam penafsiran mereka terhadap

La ilaha illah Allah

yang mereka Artikan tidak ada yang Sejati kecuali Allah.

Bagi mereka Allah lah satu-satunya Wujud yang Hakiki dalam Arti ialah yang betul-betul ada, sedangkan yang lain keberadaannya tidak Hakiki dan tergantung kepada kemurahan Allah Dialah Allah yang Awal dan Akhir, yang lahir dan Batin, sebab dari yang segala ada dan tujuan Akhir tempat mereka Kembali Ibarat Matahari Dialah yang memberi Cahaya kepada kegelapan Dunia dan menyebabkan terangnya yang tersembunyi dalam kegelapan Dia jugalah pemberi Wujud sehingga benda-benda Dunia menyembul dari persembunyiannya.

Al-Qur’an menggambarkan Allah sebagai Al-Awal dan Al-Akhir, Al-Zahir dan Al-Bahtin. Al-Awal difahami para sufi sebagai sumber atau Asal dari segala yang ada sebab pertama dari segala yang ada di Dunia Dia yang Akhir diartikan sebagai tujuan akhir atau tempat Kembali dari segala yang ada di Dunia ini termasuk Manusia Dialah pula pulau harapan ke mana Bahtera kehidupan Manusia berlayar Dialah kampung halaman ke mana jiwa Manusia yang sedang mengembara di Dunia rindu kembali. Dia adalah Muara kemana perjalanan kebatinan seorang Sufi mengalir Dialah Sang Kekasih dimana Sang Pecinta selalu mendambakan pertemuan. Inilah tujuan Akhir ke mana Sang Sufi beramal seluruh kehidupan

Allah juga digambarkan sebagai Al-Zhahir dan Al-Bathin dan ini menggambarkan Allah Bagi Para Sufi Alam lahir Dunia Indrawi adalah Cermin dari Allah atau pantulan Allah dalam sebuah Cermin. Alam lahir kerana itu merupakan Tajallinya Allah, dan kerana itu tidak berbeza dari Diri-Nya, tetapi juga tidak sama. Dan ketidak samaannya ini terletak dalam Sifat Diri-Nya sebagai yang Bathin. Sebagai yang Batin, Allah berbeza atau Alam lahir, Dia adalah sumber, prinsip atau sebab, sedangkan Alam adalah turunan dan Akibat daripada-Nya Allah adalah Mutlak sedangkan Alam adalah Nisbi, Allah Ibarat Matahari, sedangkan Alam adalah Cahaya-Nya. Keberadaan Matahari tidak tergantung pada Cahaya-Nya., namun keberadaan Cahaya sangat bergantung pada Matahari. Jadi, keberadaan Alam sangat tergantung kepada-Nya. Sifat dasar Diri-Nya adalah Nescaya atau wajib, sedangkan Sifat dasar Alam adalah mungkin.

Pernyataan la ilaha illa Allah ditafsirkan para Sufi sebagai penafian terhadap yang lain, termasuk Dirinya sebagai realitas Konsep Fana atau Fana Al-Fana adalah Sufi akan penafian Dirinya, sedangkan Baqa adalah terhadap satu-satunya yang Sejati yaitu Allah, atau Allah yang dinyatakan dalam illa Allah Fana dan Baqa’ dipandang sebagai Maqam terakhir yang dapat dicapai oleh seorang Sufi. Para Sufi berdaya upaya sedapat mungkin untuk mencapai Maqam tersebut, termasuk Membunuh Ego nya Sendiri yang dipandang sebagai atau menurut istilah mereka Berhala terbesar yang boleh menghalangi perjalanan kebatinan mereka menuju Allah Dengan begitu Ibadah mereka diikhlaskan atau dibersihkan dari segala Unsur Syirik, sebagai Syarat diperkenankannya masuk kehadrat Allah Murshid pernah berkata Satu lubang jarum bukanlah untuk dua Hujung Benang.

PEMAHAMAN DASAR ILMU MAKRIFATULLAH

 

Yang di maksud adalah pemahaman tentang HAKIKAT MANUSIA atau pemahaman tentang MENGENAL DIRI SEBENAR-BENARNYA DIRI kerana dari sini seseorang akan dapat Mengenal Allah Swt.

Barang Siapa yang Mengenal Dirinya, maka dia boleh Mengenal Allah Swt


Bahwa yang Sebenar-benarnya Diri itu adalah RUH sebenar-benarnya RUH adalah NAFS JIWA Sebenar-benarnya NAFS JIWA itu adalah NAIK TURUN NAFAS itu adalah SIR RAHSIA dan yang dikatakan SIR RAHSIA itu adalah NUR MUHAMMAD.


Jadi Allah Swt pada Diri Manusia adalah HAKIKAT NUR MUHAMMAD yang menjadi RUH pada Manusia yang menyatu tak terpisahkan, meliputi dan ada didalam Diri Manusia sesuai dengan yang diisyaratkan oleh Allah swt dalam firmannya.

Dan sungguh, Kami telah menciptakan Manusia dan Mengetahui apa yang dibisikkan oleh Hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada Urat lehernya.


Yang selanjutnya di pertegas dengan Hadist Rasulullah Saw

Barang Siapa melihat kepada sesuatu dan tidak dilihatnya ALLAH didalam sesuatu itu maka penglihatannya itu BATHIL yaitu SIA-SIA.


Yang selanjutnya di perkuat lagi oleh para Sahabat Rasulullah


1. Sayyidina Abu bakar RA :

Tidak Aku lihat sesuatu melainkan Aku lihat ALLAH sebelumnya


2. Sayyidina Umar RA :

Tidak Aku lihat sesuatu melainkan Aku lihat ALLAH sesudahnya.


3. Sayyidina USMAN RA :

Tidak Aku lihat sesuatu melainkan ALLAH besertanya.


4. Sayyidina Ali Karramallahu Wajhahu :

Tidak Aku lihat sesuatu melainkan Aku lihat ALLAH didalamnya.