Minggu, 19 Desember 2021

DIRI AMPUNYA DIRI

 

Manusia yang dilahirkan adalah Suci, Bersih disisi Allah, tetapi bertukar menjadi kotor dan dihijabkan pula perhubungannya dengan Allah Swt maka terputuslah perhubungan Diri Batin Rahsia Allah dengan Diri Ampunya Diri. Keadaan sebegini boleh diibaratkan hidupnya sebatang tubuh yang berada di dalam gua yang tertutup, gelap-gelita dan tiada sinar serta tiada pula untuk menemui jalan keluar dari gua tersebut. Hidupnya terpaku layu, resah, derita dan sebagainya sehinggalah ianya dapat menerokai kembali jalan keluar daripada gua tersebut.

Begitulah juga perhubungan Manusia dengan Allah, Manusia memerlukan Sinar Hidayat untuk mengeluarkan Dirinya dari hijab kegelapan. Untuk Kembali membuat perhubungan dengan Diri Ampunya Diri. Perlu ditegaskan Hubungan di antara Diri Rahsia dengan Diri Ampunya Diri haruslah dapat berhubung tanpa putus-putus dengan Diri Ampunya Diri di dalam hidupnya dalam tempuh 24 jam setiap hari dan setiap ketika. Kalaulah Diri kasar dapat disegarkan menjadi gemuk dan sihat dengan memberi makan-makanan yang lazat lauk-pauk, Nasi beriani, ikan percik mahupun gulai kari, maka begitulah juga dengan Diri Rohani, memerlukan makanan yang boleh menyebabkannya menjadi segar bersih. Makanan yang dimaksudkan itu adalah Zikir, dengan makanan Zikirlah maka matlamat untuk mengadakan perhubungan dengan Diri Ampunya Diri tercapai di masa Nafas masih panjang, Jasad dan Roh belum berpisah. Justeru itu jika Badan Kasar Manusia memerlukan minuman dan makanan untuk mencapai matlamat sihat, riang dan gembira, maka badan Rohani kita juga tidak terlepas daripada tabii makan dan makanannya tidak lain dan tidak bukan adalah Zikrillah. Maka makanan Zikir ini haruslah disediakan oleh kita supaya badan Rohani kita ini akan menjadi sihat, segar, suci seimbang dengan kesihatan tubuh kasar kita. Kebanyakan daripada kita hanya menjaga tubuh kasar ini dengan rapi, kebersihan di jaga, makan minum di jaga, pakaian di jaga, pendek kata semuanya di jaga dangan rapi. Tetapi jarang sekali daripada kalangan kita menjaga Dirinya yang satu lagi itu iaitu Rohani. Dibiarkan Badan Rohani tersiksa kurus melidi dan menyebabkan jiwanya, Matanya, pendengarannya dikhatam rapi oleh hijab-hijab yang tebal dan terputuslah perhubungan Dirinya dengan Ampunya Diri.

Akibat terputusnya perhubungan manusia tersebut dengan Allah itu, maka terbitlah Sifat-Sifat keji pada Diri Manusia tersebut yang menjauhkan Dirinya dengan Ampunya Diri di samping lahirlah juga perangai-perangai yang dimurkai oleh Syariat dan Hakikat Allah Swt Manusia ini akan hilang perasaannya, hilang pertimbangannya, hilang fikiran baiknya dan juga akan hilang Akalnya menyebabkan benih-benih Iman pada Dirinya menjadi bakot dan Mati berangan. Bila sahaja benih·benih Imannya Mati maka Manusia tersebut akan menjadi sesat dan lupa akan tugas utamanya dengan Allah Swt dan Manusia itu menjadilah ia seekor bangkai yang bernyawa ataupun Tiong berupa Manusia. Menyedari hal ini Manusia harus kembali ke jalan Allah dan Mengenal Allah yang menjadi Tuan Ampunya Diri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar