Kalau ketiga-tiga ini Umum-nya Satu tapi tiada bercampur kerana Allah dan Muhammad itu Satu bukan bersatu bukan bercampur tapi Satu jua kalau Adam itu tentu-nya Satu jua tapi tiada bercampur kerana Adam itu diciptakan hanya Satu dengan cara Ciptaan yang pertama dan merupakan benda baharu yang akan menemui Mati kerana ianya diberikan Hayat penglihatan dan pendengaran sebagai menyatakan akan Diri-Nya yang sebenar Diri. Lalu di manakah Manusia..?
Cuba di fahamkan Sabda Baginda Nabi Swt iaitu
Ana minallah walmu minuna minni
Aku dari Allah Mukmin itu daripada Aku
Lalu kembalilah kepada Tauhid yang Hakiki Tauhid lah dengan benar-benar bahawa sesungguhnya Allah Semata-Mata yang ada kerana Kalimat Tauhid itu ialah
La maujudun Illa Allah
Tiada sesuatu yang Maujud Wujud kecuali Allah jikalau sudah benar-benar Tauhid maka tiada lagi dipandang Segala gerak dan perbuatan itu perbuatan Makhluk pada Diri Jasad ini melainkan kelakuan dan perbuatan Allah Semata-Mata, tapi ingat bahawa Diri Allah itu tidak bertempat seperti dalam hadis qudsyi menyatakan
Ana makanin, wala lay salli makan
Aku merupakan tempat pada Sekelian yang bertempat tapi Aku tidak mengambil tempat pada Sekelian yang bertempat Apakala sudah sampai di sini maka kembalilah ke tempat sewajarnya dan selayaknya kita berada iaitu pada tempat Mutmainnah, iaitu tempat orang yang jiwa-nya sudah tenang setelah Makrifat dan Tauhid dengan benar-benar Hakiki walaupun begitu tetaplah merasakan dan memandang kepada Allah itu dengan tiada lagi rasa dan tiada lagi pandangan lalu putuskanlah iktiqod Anda bahawa tiada lagi tuhan begitu tuhan begini, bahawasanya ALLAH lah Semata-mata yang ada.
Tapi harus di ingat bahawa bukan bererti di sini Destinasi kita kerana kita bukan tuhan, tapi diri kita hanyalah kenyataan tuhan, maka tempatnya iaitu di Mutmainnah orang yang jiwanya sudah tenang Apabila telah Mengenali Hakikat Diri sebenar Diri, tapi tetap memandang Allah sahajalah ada, seperkara lagi harus di perhatikan, Allah itu tidak bertempat,
Ana makanin, wala laysalli makan
Aku merupakan tempat pada Sekelian yang bertempat, dan Aku tidak mengambil tempat pada Sekelian yang bertempat.
Jika menurut Huraian Saya jalan ini amat mudah difahami kerana tiada berbagai-bagai cara bukan cara lain itu tidak bagus atau tertolak, bahkan Allah telah menyatakan bahawa Ada dari kalangan hamba Aku yang datang kepada Aku dalam keadaan merangkak berlari, berjalan, mengesot dan berbagai lagi bahkan ada yang semacam mendaki juga harus di ingat penjelasan ini bukanlah bererti hendak Mendabik Dada bahawa inilah jalan yang sebenarnya yang harus Anda Mentauhid bahkan ada bermacam-macam cara, maka Andalah yang harus bijak berfikir
Mudah bukan, Anda merasai adanya Allah itu sehingga tiada lagi rasa, iaitu hilang segala rasa sehingga menjadi Kosong ia akan rasa berfikir sehingga hilang segala fikiran menjadi satu dengan perasaan lalu Kosong Sekosong-kosongnya, maka tiada lagi Anda dapati Diri Anda, bahkan Allah lah yang ada, inilah yang perlu dibawa ke dalam Solat, bukan berbagai-bagai iktiqod apabila ini sudah dicapai maka setiap gerak rukuk dan sujud dalam solat itu tidak lagi di pandang sebagai perbuatan Makhluk, bahkan kelakuan dan perbuatan Allah Semata-Mata yang bertajalli pada Sifat Muhammad dan Af’aal-nya, Jasad Jasad ini tempat kenyataan Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar