Permulaan Agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku
Ya Muhammad Aku jadikan baharu Alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan Engkau kerana Aku. Maka Engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas.
Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah Amal kebajikan serta solat kamu yakni Umpama debu yang berterbangan diudara ditiup Angin
Engkau itu Aku dan Aku itu Engkau
Oleh itu saudaraku sekelian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan Amal Ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :-
Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pendoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walau pun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secara terang dan jelas.
Berkali kali Huraian Aku ini adalah Aku Memuja Diri Aku sendiri dengan ketentuan Aku pasti Aku ketemu Diri Aku yang SEJATI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar