Insan Kamil adalah permulaan jalan peringkat jalan menuju Baqa dinamakan jalan Diri mencari Diri Pada peringkat suasana Insan Kamil ini kesedaran terhadap Diri Sendiri sudah mula datang kembali dalam keadaan dia tidak Mengenali Dirinya Sendiri Kesedaran yang sudah Kembali sedikit itu menggerakkannya
Penghujung Jalan Baqa menemukan si hamba dengan Hakikat Ahmadiah. Pada tahap ini si hamba menemui Dirinya sebagai Rohani yang menerima bakat daripada Hakikat kehambaan. Rohani hanya mempamerkan apa yang ada dengan Hakikat yang menguasainya Penyaksian terhadap kewujudan Rohani ini membuka perhatiannya kepada kewujudan Jasadnya. Kesedaran kemanusiaan yang bertubuh badan Kembali semula kepada Allah secara sedikit Demi sedikit. Dia Rohani sudah memperakukan bahawa Alam Jasad itulah daerah kekhalifahannya
Perpindahan daripada suasana kebaqaan kepada suasana kehambaan sepenuhnya diistilahkan sebagai hijrah kerohanian. Si hamba berpindah daripada kesedaran Hakikat kepada kesedaran kemanusiaan, masuk ke dalam Syariat Zahir dan Batin. Nabi Muhammad Saw berhijrah daripada Makkah yang padanya ada Kaabah, pergi ke Madinah yang padanya Syariat diperlengkapkan
Hari ini Aku Sempurnakan bagimu Agamamu. Dan Aku cukupkan Nikmat-Ku atasmu. Dan Aku reda Islam menjadi Agama Syariat mu
Perjalanan yang tidak merialisasikan maksud ayat di atas adalah perjalanan yang tidak lengkap. Perjalanan kerohanian yang lengkap mengandungi:
Jalan orang Islam biasa
Jalan hamba mencari Allah
Jalan Dia yang Mengenali Diri-Nya
Jalan Diri mencari Diri atau jalan Mengenal Diri.
Ada orang yang sengaja mengambil Jalan Diri mencari Diri iaitu jalan Mengenal Diri sahaja tanpa mengambil jalan-jalan yang lain. Jalan mengenal Diri yang dilalui oleh orang yang mengalami keFanaan kelenyapan terhadap kesedaran Diri Sendiri berbeza daripada jalan Mengenal Diri yang digubah oleh orang yang tidak ada Zauk, tidak hilang kesedaran Diri, tidak hilang akal fikiran, tetap gelojoh dengan makan dan minum dan masih mahukan kesenangan Dunia. Golongan ini mengambil perkataan Ahli Zauk untuk dijadikan Iktikad dalam kesedaran mereka. Mereka menyamakan hamba dengan Allah. Iktikad mereka telah sesat dan menyesatkan.
Di antara semua peringkat perjalanan kerohanian yang paling sukar dilakukan adalah berhijrah daripada Hakikat kepada Syariat. Ramai di antara Ahli Sufi tidak melakukan Hijrah. Mereka tidak dapat melepaskan Diri daripada kesan keFanaan dan Mabuk. Pengalaman bersatu dengan Allah yang mengasyikkan membuat mereka enggan melepaskan keghairahan tersebut.
Ahli sufi yang dipimpin kepada jalan Mahabbah melakukan hijrah dan Kembali kepada jalan kenabian dengan Sempurna. Hijrah Nabi Muhammad Saw dari Makkah ke Madinah mengambil masa tujuh hari. Bukan perkara yang ganjil jika hijrah Ahli Hakikat ke Syariat secara sepenuhnya mengambil masa Tujuh Tahun. Kehadiran Habiballah yang membuka pintu Hijrah kepada Ahli Hakikat. Orang yang melihat dengan ‘Mata’ Allah tidak dapat melihat kebenaran yang Sejati. Orang yang melihat dengan ‘Mata’ Rasul Allah yang dapat melihat kepada Yang Haq. Walaupun Allah Swt memperkenalkan Sifat-Nya melalui Sifat Manusia tetapi itu hanyalah sekadar iktibar. Allah Swt tidak jadikan Sifat-Nya sebagai Sifat Manusia. Sesiapa yang cuba menggunakan Sifat Allah Swt akan terbaliklah Akal dan Hatinya. Orang yang sengaja berbuat demikian berkemungkinan menjadi tidak Stabil Mentalnya, biasanya dipanggil isim Keadaan Akal dan Hatinya Seumpama tayar kereta yang tidak seimbang, menggegarkan keseluruhan bahagian kereta. Allah Swt telah meletakkan “Mata kebenaran” pada Nabi Muhammad Saw Hanya dengan memandang melalui ‘Mata’ Nabi Muhammad Saw seseorang itu dapat menyaksikan kebenaran yang Sejati lagi tulen.
Tidak Kami utuskan Engkau Muhammad kecuali sebagai Rahmat ke seluruh Alam
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Diri Rasulullah itu satu teladan yang baik bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Kemudian dan menyebut Allah Sebutan yang banyak.
Orang yang beriman kepada Nabi Muhammad Saw dan mengikuti Jalan Baginda Saw akan Sampai kepada kesudahan Makam iaitu Makam penetapan.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada pada Makam Amin kedudukan yang Aman
Makam Amin adalah Makam penetapan, dikurniakan kepada mereka yang bertakwa. Tidak ada takwa jika tidak ada Syariat kerana takwa adalah memelihara Syariat. Orang yang bertakwa mengakui kewujudan Sempadan dan hukum-hukum. Mereka memelihara Sempadan jalan yang lurus itu dan juga memerhatikan hukum-hukumnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar