Orang Mukmin yang taat kepada Allah Swt kuat melakukan Ibadat, di mana akan meningkatlah kekuatan dalaman Rohaninya. Dia akan kuat melakukan Tajrid, iaitu menyerahkan segala Urusan kehidupannya kepada Allah Swt Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walau pun bala yang besar.
Dia tidak lagi meletakkan kepergantungann
Apa yang Allah Swt takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini Sentiasa di dalam penjagaan Allah Swt kerana dia telah menyerahkan Dirinya kepada Allah Swt Maka Allah Swt kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan Mata Hati dan bertindak melalui petunjuk Laduni - tidak lagi melalui fikiran, kehendak Diri Sendiri atau angan-angan. Pandangan Mata Hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada Hatinya Kalbu. Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan Dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah Swt Suasana ini timbul Akibat Hakikat ketuhanan yang dialami oleh Hati Dia berasa benar-benar akan ke-Esaan Allah Swt bukan sekadar mempercayainya.
Pengalaman tentang Hakikat boleh dikatakan memandang dengan Mata Hati. Mata Hati melihat atau menyaksikan ke-Esaan Allah Swt dan Hati merasakan akan keadaan ke-Esaan itu. Mata Hati hanya melihat kepada Wujud Allah Swt tidak lagi melihat kepada Wujud Dirinya. Orang yang di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari Sifat-Sifat kemanusiaan. Dalam berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah Swt
Soal Duniawi seperti Makan, Minum, Pakaian dan Pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam Tauhid Sifat. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah Swt dan Segala sesuatu datangnya dari Allah Swt
Rohani Manusia boleh melalui beberapa peningkatan dalam proses Mengenal Allah Pada tahap pertama terbuka Mata Hati dan Nur Kalbu memancar menerangi Akalnya. Seorang Mukmin yang Akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya dia dengan Allah Swt Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan Ilmul-Yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya Mata Hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dengan Mata Ilmu, tetapi melihat dengan Mata Hati. Keupayaan Mata Hatinya memandang itu dinamakan Kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau Makrifat. Seseorang yang berada di dalam Makam Makrifat dan mendapat keyakinan melalui Kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan Ainul-Yakin. Pada tahap Ainul Yakin MakrifatNya Ghaib dan dia juga Ghaib daripada Dirinya Sendiri. Maksud Ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara
Tidak ada komentar:
Posting Komentar