Bahawasanya Allah Swt memuji Diri-Nya sendiri tiap-tiap hari dan Ia berfirman
Bahawasanya Aku ialah Allah yang memiliki sekelian Alam.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang hidup lagi sentiasa ada dan selama-lamanya ada.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, Yang Maha Tinggi Martabat lagi yang Amat Mempunyai Kebesaran.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, tiada Aku beranak dan tiada Aku diperanakkan.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku,Yang Amat Memaafi lagi Amat Mengampuni.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan kepada di bawah pentadbiran milik Aku ia kembali, Yang Amat Mempunyai Kekuatan dan Yang Amat Mempunyai Hikmat, Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, yang memiliki hari Agama yakni Hari Kiamat besar.
yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan Syurga dan Neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi yang tiada mempunyai juzuk lagi yang Ia sahaja yang ada mempunyai Sifat ketuhanan, yang berhajat semua Makhluk kepada-Nya kerana kesempurnaan Qadrat-Nya lagi yang tiada menjadikan bagi-Nya isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan,
yang tiada mempunyai pasangan, Yang Amat Mengetahui segala perkara yang Ghaib dan segala perkara yang tiada Ghaib,
Yang Amat Mempunyai pemilikan dan kesultanan lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru seperti masa dan tempat ,
Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan yang membenarkan Diri-Nya dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu-Nya kadar sebesar debu jua pun,
Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran,
yang mengadakan sesuatu daripada tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya lagi yang mengadakan bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa sekelian Makhluk dan memperelokkan baginya,
Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Suci daripada segala Sifat-Sifat Makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat, yang tiada mengenai sama sekali segala kekurangan,
yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua Makhluk,
yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan, lagi Yang Amat Baik.
Ahli kepercayaan dan kemuliaan. Aku mengetahui perkara yang tersembunyi dan barang yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna, yang mengadakan rezeki hamba-hamba-Nya dan segala Makhluk.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar