Ini kerana Allah ta’ala tidak memerlukan kepada Makhluk-MakhlukNya Azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya
Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Allah tidak memerlukan kepada arah Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta’ala yang bermaksud
Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah
Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagi Allah persamaan dan berukuran tinggi lebar dalam dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah Makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya lebarnya dalamnya Demikian tadi dalil Allah Wujud Tanpa Bertempat dari Al-Quran.
Manakala dalil dari Hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah Selawat dan Salam keatasnya bersabda yang bermaksud
Allah telah sedia Wujud Azali dan Selain Allah tiada sesuatupun yang sedia Wujud Azali
Makna Hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi tidak ada bersama Allah selainNya Air belum ada lagi Udara belum ada lagi Bumi belum Wujud lagi langit belum Wujud lagi kursi belum ada lagi Arasy belum ada lagi Manusia belum Wujud lagi.Jin belum Wujud lagi Malaikat belum ada lagi masa belum ada lagi tempat belum Wujud lagi dan Arah juga Belum Wujud lagi
Manakala Allah telah sedia Wujud Tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama setkali memerlukan kepada tempat Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali Semoga Allah meredhoinya berkata
Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq
Dari Segi Akal Sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta’ala itu Tanpa tempat dan Tanpa arah Sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu Setelah mencipta tempat Allah tidak bertempat dan tidak memerlukan Arah
Dalil ini semua bukanlah menafikan kewujudan Allah sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan Makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.
Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa tempat terkumpulnya banyak Rahmat dan berkat Sepertimana kita menghadap ke arah ka’bah ketika Solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka’bah akan tetapi kerana ka’bah itu kiblat bagi Solat Inilah yang telah dinyatakan oleh Para Ulama Islam
Saidina Ali Semoga Allah meredhoinya turut menjelaskan
Akan Kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari Kiamat kelak mereka menjadi kafir lantas sesorang lelaki bertanya Wahai Amirul Mu’minin Kekufuran Mereka itu disebabkan apa kerana mengada-adakan sesuatu dalam Urusan Agama atau mengingkari sesuatu dalam Agama Saidina Ali menjawab Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam Agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu’allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu’tady
Berkata Imam Zainul Abidin Semoga Allah meredhoinya Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat
Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat Allah ta’ala telah sedia ada Tanpa tempat Allah telah sedia Wujud Sebelum mencipta Makhluk dimana sesuatu tempat itu pun belum Wujud lagi Makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi dan Allah lah yang mencipta Setiap sesuatu
Dinyatakan dengan sanad yang Sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata
Ketika kami bersama dengan Imam Malik datang seseorang lelaki lantas bertanya Wahai Abu Abdillah Imam Malik Ar-Rahman Alal Arasyi Istawa bagaimana bentuk istiwa Allah maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata Ar-Rahman ‘Alal Arasyi Istawa’ ianya sepertimana yang telah disifatkan Allah dan tidak boleh ditanya bentuk Allah kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan Aku tidak dapati Engkau melainkan Seorang pembuat bid’ah maka keluarkan dia dari sini
Manakala riwayat yang berbunyi dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili’ ianya riwayat yang tidak Sohih.
Imam kita Imam Syafie Semoga Allah meredhoinya telah berkata Barang siapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu’allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu’tadi.
Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal Semoga Allah meredhoinya Barang siapa yang mengatakan Allah itu Jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami
Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy’ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir Barangsiapa yang mempercayai Allah itu Jisim maka dia tidak Mengenali Tuhannya dan Sesungguhnya dia mengkufuri Allah
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy’ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah
Berkata Imam Abu Ja’far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan Ulama As-Salaf As-Soleh Maha Suci Allah dari mempunyai ukuran penghujung sendi anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam seperti mana makhlukNya
Beliau berkata lagi Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan Sifat-Sifat Makhluk maka dia jatuh kafir
Antara Sifat Makhluk adalah bergerak duduk diam turun Naik bersemayam duduk berukuran bercantum berpisah berubah berada di tempat berarah berkata-kata dengan Huruf Suara bahasa dan lain-lain
Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah Semoga Allah meredhoi mereka berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi
Wahai seluruh Orang-Orang Muslim
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal Semoga Allah meredhoinya Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi Seluruh Ulama Islam
Berkata Imam kita Abu Bakar semoga Allah meredhoinya Merasai Diri itu lemah dari membayangi Zat Allah maka itulah Tauhid Mengenal Allah dan memcari-cari serta membayangkan Zat Allah itu pula adalah Kufur dan Syirik
Alhamdulillah kita berada dalam Akidah yang benar ini memohon kepada Allah ta’ala agar mematikan kita diatas pegangan ini Amin ya Arhamar Rohimin Wa Akhiru Da’wana ‘Anil Hamdulillahi Robbil ‘Alamin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar