Senin, 13 Desember 2021

ALLAH YANG MAHA ESA

 

Sesungguhnya Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Aku.


Allah adalah Zat Wajib Wujud Yang Maha Esa lagi Satu-Satunya Maha Pencipta Selain daripada Allah semuanya adalah Makhluk yang diciptakan Hanya Allah sahaja yang Khaliq Sang Pencipta Apa yang Allah kehendaki ada barulah perkara itu akan ada Dialah Allah Tuhan yang tiada tuhan lain selain Allah


Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mencipta inilah yang telah memanggil dan memperkenalkan Diri-Nya dengan nama Allah Sesungguhnya Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Allah oleh itu Mentauhidkan daku dengan kekosongan Diri untuk mengingati daku.


Sesungguhnya Allah Taala itu tunggal tiada sekutu bagi-Nya tiada yang seumpama dengan-Nya tiada suatu apa pun yang dapat melemahkan-Nya dan tiada tuhan lain selain Allah Sedia ada Qadim dengan tiada permulaan berkekalan dengan tiada kesudahan tidak binasa Allah dan tidak rosak Allah tiada apa pun boleh berlaku melainkan apa yang Allah kehendaki tiada sampai akan Allah oleh segala Waham dan tiada mendapat akan Allah segala faham tiada menyerupai Allah akan Jin dan Manusia hidup tidak Mati Allah berdiri Allah Sendiri tanpa tidur Allah

Allah Yang Menjadikan tanpa berhajat Yang memberi Rezeki tanpa rasa berat Allah Yang Mematikan tanpa takut Allah Yang Membangkitkan tanpa sebarang kesukaran sentiasa Allah serta segala Sifat Allah sediakala sebelum ada Makhluk Allah tidak bertambah Allah dengan sebab Wujud Allah mereka suatu apa pun akan sesuatu daripada Sifat Allah yang tiada ada dahulu daripada mereka itu sebagaimana adalah Allah dengan Sifat-Sifat Allah adalah sediakala Azali maka demikianlah juga sentiasa Allah atas Sifat-Sifat kekal Abadi.


Sesungguhnya Allah itu berhak dengan nama Al-Khaliq Yang Maha Menciptakan bukan kerana Allah menciptakan Makhluk Allah, tetapi itu adalah Sifat Allah yang Azali sebelum Allah menciptakan segala sesuatu.


Allah Rabbul-'alamin. Zat yang menciptakan dan mentadbir segala ciptaan Allah Dialah Rabb bagi seluruh Alam. Bukan satu Alam bahkan Ribuan Alam ciptaan Allah Ada Alam yang kita tahu ada Alam yang kita tidak tahu


Hakikat ini bukan untuk dijadikan tetapi perlu dipasak ke dalam Hati kita Iman kita perlulah menjadikan Hati kita dipenuhi dengan keyakinan hanya kepada Allah bahawa Dialah satu-satunya Allah. Tiada Tuhan lain selain Allah. Hati kita perlu dipenuhi dengan kehebatan dan KeAgungan Allah Sehingga Kalimah Allahu Akbar, benar-benar menyebabkan kita melihat selain daripada Allah semuanya kecil. Kebesaran dan keagungan Allah ini akan menyingkirkan seluruh Ghairullah yakni apa sahaja selain Allah.


Keyakinan sebegini akan menyebabkan kita hanya terkagum dan terkesan dengan kebesaran Allah. Kekaguman ini akan menyebabkan kita hanya jatuh Cinta dengan Allah. Cinta ini akan mendorong kita untuk mencintai apa sahaja yang Allah Cinta dan mendorong kita mencintai sesuatu hanya kerana Allah. Cinta ini juga akan mendorong kita untuk membenci apa sahaja yang dibenci oleh Allah dan mendorong kita untuk membenci sesuatu kerana Allah. Semua ini akan membawa rasa manis kepada iman. Demi kerana yakin ini, akan menyebabkan kita meyakini sepenuhnya janji-janji Allah. Oleh itu, kita akan berusaha sekeras mungkin berwaspada kerana kita takut menyinggung Hati Allah yang amat kita cintai. Kita juga akan berusaha sekeras mungkin Bak kata Saiyidina Umar Al-Khattab RA Syammartu waj-tahaddtu!Aku akan berhati-hati dan bersungguh-sungguh yakni bersungguh-sungguh untuk menggembirakan Allah Kegembiraan Allah Swt akan hanya dicapai melalui satu perkara sahaja iaitu taat perintah Allah dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah Saw


Laa ilaaha illalLah, Muhammadur Rasulullah inilah Kalimah Iman.


Semua ini akan mudah untuk dijadikan Hakikat, apabila kita dakwahkan perkara ini berkali-kali Lagi dan lagi Kita cakapkan lagi dan lagi. Kita sebut-sebutkan lagi dan lagi Kita beritahu seluruh Manusia lagi dan lagi Kita sampaikan percakapan ini lagi dan lagi. Hinggalah kita tiada lagi yang Wujud Allah.


Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata Tuhan Kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa dengan memberi ilham 'Janganlah kamu bimbang daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh keyakinan yang telah dijanjikan kepada kamu

Allah penolong-penolong kamu dalam kehidupan Dunia dan pada Hari Akhirat dan kamu akan beroleh pada hari Akhirat apa yang diingini oleh Nafsu kamu serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. Pemberian- pemberian Yang serba mewah itu sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani


Tidak ada komentar:

Posting Komentar