Minggu, 05 Desember 2021

CERMIN HATI

 

Hati ialah Cermin Diri Dengan Hati kita melihat buruk baik Diri kita Dengan Cermin Hati jua kita boleh Mengenal Allah Bagaimana Iaitu dengan membersihkannya Tazkiyatun Nafas Hati kita sudah Mengenal Allah Sejak di Alam Azali lagi Ia sudah merasai pertemuan Dengan Allah di hari Alastu Birabbikum.


Rahsia Tauhid sudah tersimpan di peti Hati Tinggal dibuka dengan Kunci Al-Insan Maharnya ialah Syahadah Islam dan ketulusan Iman Jika berdebu Cermin Hati segudang kitab-kitab Suci pun tidak Mampu membukakan Jalan Hanya Dengan Hati yang Suci Rahsia Jiwa boleh terpancar Yang dibutakan Dengan kekaguman Diri Sendiri akan kekal Buta Kerana tidak sedar kelemahan Diri Sendiri.


Hanya Setelah kita Sedar dan Syahadah bahwa Segala kekuatan kita terbatas dan kelemahan kita tidak bertepi barulah kita Untuk tunduk sujud Makrifat kepada Allah


Guru Mursyid berkata


Memang jika dinisbahkan Hamba kepada Manusia ia adalah suatu kehinaan namun Demikian Apabila perhambaan itu dinisbahkan kepada Allah Sekelian Alam maka ia adalah suatu kemuliaan


Menjadi Hamba kepada Manusia bermakna ia bergantung kepada Orang yang ia Sendiri bergantung kepada Orang lain yang diatur Oleh kuasa lain maka pergantungan kepada Manusia yang lemah akan menjadikan kita Semakin lemah dan kerananya Hina


Sebaliknya apabila seseorang itu bergantung kepada yang Maha Kuasa Yang Maha Besar Yang memiliki Segalanya maka ia akan menjadi kuat dan Mulia kerana Orang lain tidak memiliki kemuliaan dan kelebihan itu


Allah menciptakan Manusia sebaik kejadian kerana Manusia adalah Ciptaan Allah yang paling istimewa dan untuk tujuan yang lebih Besar iaitu menjadi Khalifah Allah Namun Manusia tidak boleh lupa bahawa ia tetap merupakan Hamba Allah dan kelebihan yang Allah berikan padanya tidak menjadikannya bebas daripada Allah tidak tertakluk pada kuasa dan Aturan Allah


Kebenaran Hanya akan dapat dicapai jika kita ada Sifat Tawaduz Merendah Diri


Tidak ada komentar:

Posting Komentar