Kita semua telah Mengetahui hanya Allah yang ada selain dari Allah tidak ada
Cuba kita tinjau kedalam kehidupan seharian pada rasa dan perasaan pada iktikad dan pegangan Diri masing-masing
Ada yang dirasai itu diiktikadkan sebagai ada Diri kita atau sebagai ada Allah
Lumrah didalam kehidupan ada yang sedang dirasai pada badan Diri masing-masing itu adalah ada badan Diri Sendiri bukan dirasai sebagai ada Allah..
Oleh kerana Ada itu Esa bila kita merasai ada itu ada kita Sendiri Automatik ada Allah tidak dapat dirasai walaupun ada didalam pengetahuan yang ada Hanya Allah
Bila merasai ada itu ada kita atau ada selain dari Allah Automatik ada Allah tidak dapat dirasai kerana ada itu Esa..
Jika ada yang dirasai itu ada Allah Automatik Diri kita dan selain dari Allah akan hilang dari rasa dan perasaan Badan Diri Sendiri kerana keEsaan ada itu juga
Oleh yang demikian diperintahkan supaya kita mematikan Diri kita sebelum kita mengalami Mati Sebenar.
Mati lawannya Hidup
Hidup itu menunjukkan ada Mati itu menerangkan kepada tidak ada.
Bila Badan Diri kita dimatikan maka Badan Diri kita menjadi tidak ada Dengan sendirinya ada itu menjadi milik Mutlak Allah
Lagi sekali timbul persoalan bagaimana nak mematikan Diri sebelum Mati
Dengan beramal dengan kekosongan Diri tanpa Wujud Diri Selain Allah yang Sejati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar