Rabu, 15 Desember 2021

GABUNGAN UTUH

 

Didalam banyak-banyak Makhluk ciptaan Allah, Makhluk yang berbangsa Insan sahajalah yang mendapat pujian dari Allah, kerana Makhluk berbangsa Insan sahajalah yang boleh dan lebih tepat untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata.


Sesungguhnya Aku telah menciptakan Insan dengan bentuk semulia-mulia kejadian. Kemudian kami kembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya.


Apakah sebabnya setelah dipujinya Insan dan selepas itu dikembalikan kepada kehinaan?


Sebabnya, Allah jadikan Insan untuk menyatakan DiriNya yang tidak nyata, tetapi apabila insan yang tidak dapat menyatakanNYA maka sia-sia sahajalah dijadikan insan itu.


Sebab itu jikalau Insan yang tidak boleh menyatakan Allah, tidak dipanggil Insan, tetapi dipanggil Manusia.


Yakni yang sia-sia didunia dan di akhirat.


Allah hanya puji Insan dan bukan Manusia Nas/Manusia, Allah puji Insan yang boleh menyatakanNYA. Insan pun masih belum selamat.


Demi masa, sesungguhnya Manusia itu di dalam kerugian, kecuali Manusia yang beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan berpesan dengan kesabaran.


Beriman yakni sentiasa NYATA akan Allah dan beramal soleh, sentiasa ingat akan Allah setiap masa dan setiap detik.

Hendak menyata akan Allah, mestilah kenal, tetapi setakat mana kita kenal akan Allah.


Sesungguhnya solat itu mencegah dari fahsya dan mungkar. Tetapi jikalau solat tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar, solat itu tidak terpakai dan jikalau sebenar solat ia dapat mencegah dari perkara-perkara tersebut, kerana sebenar solat ialah menyata akan Allah.


Kemungkaran yang paling besar ialah mensyirikkan akan Allah. Jikalau solat masih mensyirikkan Allah, sampai bila-bila pun tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar, kerana itu wajiblah kita ketahui bagaimana untuk dapat menyata akan Allah.


Ada juga yang berkata apabila belajar Ilmu hakikat, Syariat tidak perlu ditunaikan, jikalau pendapat seperti itu, suruhlah dia berjalan dengan kaki sebelah, atau suruh dia letak nasi di hadapannya dan suruh nasi itu sendiri masuk mulutnya, jikalau dia boleh lakukan bolehlah dia tinggalkan Syariat.


Perlulah ditegaskan lagi di sini, bahawa SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT, MAARIFAT ialah satu gabungan yang Utuh, yang tidak boleh dipisahkan, dan jikalau dipisahkan antara satu sama lain bermakna pincanglah Amalan.


Bolehlah diibaratkan di sini; SYARIAT ibarat perlakuan kaki yang melangkah, TARIKAT ibarat jalan yang hendak dilalui, HAKIKAT ibarat Ilmu sebenar atau bulat iktikad hendak ditujui, dan MAARIFAT ibarat tempat yang sebenar hendak ditujui.


Dari itu dapatkah dipisahkan atau diceraikan antara keempat-empat gabungan tersebut.


Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin diketahui. Maka aku menciptakan Makhluk agar mereka Mengenal Aku.


Aku adalah Kanzun Mahfiyya yang terpendam dan tertutup Aku ingin ditemukan dan dikenal. Aku ciptakan Makhluk agar mereka mengenal Aku.


Ilmu itu ada dua macam. Pertama: Ilmu lisan, sebagai hujah Allah dan kepada hambanya. Kedua: Ilmu Batin yang bersumber di lubuk Hati, Ilmu inilah yang berguna untuk mencapai tujuan pokok dalam ibadah.


Ya Allah, tunjukkanlah kami bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berilah kami kemampuan untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami bahawa kebatilan itu adalah sesuatu yang batil, maka itu berikanlah kami kemampuan menjauhinya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar