Insan adalah Rahsia Aku dan Aku Rahsia Allah Pengetahuan Batin tentang Hakikat Roh adalah Rahsia kepada Rahsia-Rahsia Aku.
Aku campakkan ke dalam Hati hamba-hamba Aku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.
Aku adalah sebagaimana hamba Aku Mengenali Daku Bila dia mencari Aku dan ingat kepada-Aku dan Aku besertanya Jika dia mencari Aku di dalam Aku mendapatkannya dengan Zat Aku. Jika dia ingat dan menyebut Aku di dalam jemaah yang baik Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik.
Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan Tafakur cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai. Nabi Saw berSabda, Satu saat berTafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat Satu saat berTafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat. Satu saat berTafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat.
Nilai sesuatu Amalan itu tersembunyi di dalam Hakikat kepada yang sebenarnya Perbuatan berTafakur di sini nampaknya mempunyai Nilai yang berbeza.
Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian Sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai Satu Tahun Ibadat.
Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian renungannya bernilai lebih daripada Tujuh puluh Tahun Ibadat.
Sesiapa merenungkan Hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang Makrifat dengan segala kesungguhannya untuk Mengenal Allah Yang Maha Tinggi renungannya bernilai lebih daripada seribu Tahun Ibadat kerana ini adalah Ilmu pengetahuan yang Sebenarnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar