Selasa, 14 Desember 2021

ILMU FARDHU AIN

 

Ilmu Ketuhanan adalah Ilmu yang membicarakan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi ke-Esaan ZatNYA SifatNYA Asma'NYA dan Af'aalNYA Ia juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid Ilmu mengesakan Allah Ilmu Usuluddin Ilmu Dasar Agama Ilmu Makrifat Ilmu Mengenal Ilmu Kalam Ilmu Permahasan Ilmu Hakikat Ilmu Haq kebenaran Ilmu Tahkik Ilmu Penetap Ilmu Aqa'id Ilmu Simpulan Iman dan sebagainya.


Menuntut Ilmu ketuhanannya itu hukumnya Wajib termasuk di dalam Ilmu Fardhu Ain


Orang-orang awam sering kali terkeliru apabila menyebut Ilmu Makrifat sebagai Ilmu yang sudah terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh mereka-mereka yang di tahap awam. Pendapat itu salah Sebab hukum mempelajari Ilmu ketuhanannya itu wajib bukannya sunat Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap Fardhu Ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap Fardhu kifayah.


Ilmu Makrifat ditahap Fardhu Ain membicarakan Sifat-Sifat yang Wajib mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala serta Sifat-Sifat yang Wajib yang mustahil dan yang harus bagi Rasul. Ilmu Makrifat di tahap fardhu kifayah termasuklah pembahasan Ilmu kalam yang dapat menghujjah kaum-kaum Ahli bid'ah dan golongan-golongan penentang Ilmu ketuhanan. Ilmu Makrifat di tahap para-para Sufi dan Aulia'-Aulia' Allah ianya mengesakan Allah Ta'ala dalam Fana Baqobillah. Maka perlu diketahui had-had Ilmu itu dan dituntut secara berperingkat-peringkat menurut kadar kemampuan seseorang Allah Swt tidak membebankan hambaNYA dengan perkara-perkara yang kita tidak berkemampuan.


Ilmu Makrifatullah adalah intipati dari kalimah Laailahailallah Pengajian Sifat dua puluh adalah asas kepada Mengenal Allah dan tidak dapat tidak kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam Ilmu Fardhu Ain bukan Fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, Menuntut Ilmu itu Fardhu bagi tiap tiap Muslimin dan Muslimat.dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah tiga Ilmu yang asas iaitu Usul feqah dan tasawuf. Maka barang siapa meninggalkan tuntutan menuntut Ilmu yang Fardhu Ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut Ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut Ilmu dan beramal tanpa Ilmu menjadikan Amalannya sia-sia. Beramal tanpa Ilmu adalah sia-sia berilmu tanpa Amal juga sia-sia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar