Minggu, 05 Desember 2021

ISBATUL YAKIN

 

Allah Swt amat nyata Allah lebih nyata daripada apa yang tersembunyi tetapi bagaimanakah kita melihat Allah Ya kita Melihat Allah Dengan Mata Hati terhadap Nikmat yang diberikan Allah kepada kita apa Sahaja yang ada pada Diri kita adalah Nikmat Allah atau Anugerah Allah Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan Rahsia pandangan Mata Hati


Apabila kesedaran ini tertanam dalam Hati Nurani kita bahawa Allah Sentiasa meliputi Diri kita dengan Nikmat Allah maka dengan itu mudahlah kita Mengingati Allah Walaupun 24 jam Sehari Kerana Semuanya adalah Nikmat Allah kepada kita


Cuba fikirkan apakah Nikmat Allah itu yang Sentiasa ada bersama kita Ya antara Nikmat Allah yang ada pada kita ambil sedikit sahaja sebagai Contoh seperti Degupan jantung turun naik Nafas peredaran Darah dan penglihatan Mata kita


Dengan itu

Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup Setiap saat

Siapakah yang mengatur Naik turun Nafas kita

Siapakah yang mengalirkan Darah kita keseluruh Tubuh kita

Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan Mata kita

Ya sudah pasti Semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita Sehinggakan Semuanya berjalan Dengan lancar Tanpa campur Tangan daripada kita


Jikalau kesedaran ini telah tertanam maka dengan itu mudahlah kita dapat Mengingati Allah kita akan Sentiasa ingat Allah maka itulah yang dikatakan kita Mengingati Allah sama ada berdiri duduk atau berbaring Kuncinya adalah pada kesedaran dan itulah yang dikatakan Mengingati Allah Secara Rahsia


Jelaslah Setiap yang ada pada kita adalah Nikmat Allah sebagai Bukti bahawa Allah meliputi Diri kita Seperti Firman Allah Dalam Diri kamu Mengapa tidak kamu perhatikan


Kesedaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah kerana kita tahu Allah Sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada Hanya Mereka yang mempunyai kesedaran ini akan merasakan kebahgiaan dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sedar Allah Sentiasa bersama Mereka


Tanamlah kesedaran ini Dengan kukuh kerana dengan kesedaran itulah seseorang dapat Mengenal Allah Dengan benar dan Melihat Allah Dengan Mata Hati Isbatul Yakin melihat Allah Dengan Nyata di Dunia ini


Tidak ada komentar:

Posting Komentar