Dan sesungguhnya kita akan memberikan dugaan kepada Diri sendiri dengan sedikit ketakutan kelaparan kekurangan harta jiwa nyawa dan buah-buahan Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang Sabar Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan Musibah mereka mengucapkan
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali
Setiap Insan pasti akan merasai Mati
Cuma masanya tak siapa pun pasti
Kegerunan Izrail mesti dihadapi
Walaupun Diri mendesak ingin melarikan Diri
Tapi kenapa perlu menghadapi Mati?
Dengarlah Huraian Diri Sendiri.
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi
Diam di barzakh menunggu saat tibanya Hari penghisaban Diri
Ruang rehat bagi mereka yang Iman dan Taqwa dijadikan pakaian Diri
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi
Jadi
Buatlah pilihan yang terbaik duhai Insan yang Sejati.
Mana yang lebih kau senangi
Jika inginkan kebaikan Diri
Bersiap Siagalah menghadapi janji Allah yang pasti mengunjungi
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah
Tika sampai waktunya janji kan ditepati
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah Wahai Diri-Diri,
Yang masih diberi peluang untuk Kembali kepada fitrah yang Suci.
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka dahulukan
Kematian memang tidak Mengenal Usia
Ya Allah sungguh terkejut hambaMu ini ya Rabb . Mesej yang Aku terima itu sungguh mengejutkan. Aku tergamam seketika. Mahu percaya atau tidak . Aku sendiri tak pasti. Sedih dan pilu mula menyelubungi Diri. Kawan yang Aku kenal berada di kelas yang sama telah pun pergi meninggalkan Bumi ini
Ini merupakan pengalaman pertama Aku dan sunnguh susah untuk percaya. Tapi inilah janji Allah. Aku tidak boleh melawan takdir. Sesungguhnya kematian itu pasti
Semoga Allah mencucuri rahmat dan tempatkan awak di kalangan orang yang beriman dengan beramal Solih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar