Rabu, 15 Desember 2021

JIHAD DIDALAM DIRI

 

Tajamkanlah kata-kata Hati yang cukup halus itu kelak Hati itulah yang pandu Diri kita kejalan yang lurus memang sukar sebenarnya terlalu sukar tapi cubalah.


Rasulullah pernah berSabda selepas berlakunya peperangan Aku lupa peperangan apa.

tapi seorang Sahabat Rasullullah pernah menyoal Rasullullah,


Ya Rasulullah, kita telah memenangi peperangan ini, adakah peperang yang paling hebat lagi seperti peperangan ini? Sahabat itu menyoal.


Ada ya sahabatku, peperangan itu lebih hebat dari peperangan yang kita lalui ini.


Apakah perangan itu ya Rasulullah? Sahabat ingin mengetahui.


Peperangan atau jihad yang paling besar dan wajib kita tempuh adalah jihad didalam Diri kita ya sahabatku.


jelas sekali bahawa peperangan yang paling hebat itu bukanlah peperangan Iraq atau peperangan Israel dan Palestin tidak sama sekali.Tetapi jihad didalam Diri kita itu lebih hebat dari peperangan di luar sana.


Bagaimana kita mahu Mati Syahid diluar sana sedangkan jihad didalam Diri kita pun tak mampu kita lawan.


Aku Sendiri sering tunduk dengan Nafsu yang ada didalam Diri Aku sendiri sering tunduk dengan kata-kata Hati yang tidak tepat kebenarannya.


Jadi marilah kita sama-sama Menghayati perjalanan kita ini sebaik yang mungkin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar