Jumat, 03 Desember 2021

KALIMAH TAUHID TANPA HURUF TANPA SUARA DAN TANPA KATA-KATA

 

Dan sebutlah akan Nama Tuhanmu

serta tumpukanlah kepadaNya dengan Sebulat-bulat tumpuan


Serta Hadis Nabi Saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah 

bagaimana Aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah

Rasulullah menjawab mari dekat dengan Aku ya Ali hingga bertemu lutut

Pejamkan Mata mu Tongkat kan lidah mu ke langit langit

sebutlah nama Allah sebanyak Banyaknya dalam Qalbi


Telah meletakkan seseorang sedang berada didalam keadaan sedang menunaikan 

AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT 

DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

HANYA SANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT 

DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH


Iaitu


ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH


SESIAPA YANG TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMAN ALLAH


Dan sebutlah akan Nama Allah

serta tumpukanlah kepada Allah dengan Sebulat-bulat tumpuan


BERMAKNA


TELAH DAN SEDANG BERADA SEPERTI DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW


Berkata Ali RA Rasulullah bersabda Allah berfirman

Sesungguh AKU lah ALLAH Tiada Tuhan Selain AKU

Barang siapa BERTAUHID kepadaKu Nescaya masuklah ia kedalam benteng Aku

Dan barang Siapa yang masuk benteng Aku Nescaya terselamatlah dia dari Siksa Aku


RAHSIA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu

serta tumpukanlah kepada Allah dengan Sebulat-bulat tumpuan


IALAH


Tumpukan Sebulat-bulat tumpuan kepada Sifat-Sifat yang sedang dirasai 

dengan sebulat-bulat umpuan bermakna sedang melakukan penyaksian

seperti yang telah kita katakan didalam Kalimah Tauhid iaitu 

ASHADU - AKU BERSAKSI ATAU AKU SEDANG MENYAKSI


Didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya

akan berlaku dengan cara tersendiri pengakuan bahawa 

Sifat yang sedang disaksikan itu adalah Sifat Allah

Dengan tidak perlu kita Mengaku-ngaku


Dengan secara tersendiri apabila kita melaksanakan perintah Allah yang tersirat 

didalam firmanNya


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu serta tumpukanlah kepadaNya dengan Sebulat-bulat tumpuan.


Akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah


PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI BERLAKU SECARA TERSENDIRI 

ATAU DENGAN KATA LAIN SECARA AUTOMATIK


Hadis Kudsi ada menerangkan bahawa 

INSAN ITU RAHSIA AKU

AKU RAHSIA INSAN

RAHSIA ITU SIFAT AKU

SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU


SETELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN 

BAHAWA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU 

ADALAH SIFAT ALLAH SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG BERLAKU 

SECARA TERSENDIRI INI JUGA DISEBUT ISBAT


LAGI SEKALI DENGAN SECARA TIDAK DISEDARI BERLAKU PENAFIAN 

SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH 

KEPADA DIRI SENDIRI DAN KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH


NAFI DAN ISBAT AKAN BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA

NAFI DAN ISBAT BILA DISEBUT ADALAH MERUPAKAN 

DUA PERKARA YANG BERBEZA TETAPI 

DIDALAM PRAKTIKAL IA TELAH MERUPAKAN DUA DALAM SATU


TERKANDUNG DIDALAM DUA PERLAKUAN 

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN

YANG BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA


PERKARA INI TELAH DIJELASKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN 

MELALUI FIRMANNYA


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu

serta tumpukanlah kepada Allah dengan Sebulat-bulat tumpuan


Dalam firman Allah ini terdapat perintah yang suruh dilakukan

Apabila perintah tersebut dilakukan

secara Automatik akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah


JALAN DAN CARA INI HENDAKLAH DILAKUKAN 

DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA


Dilakukan Berulang-Ulang sehinggalah 

terputusnya Hubungan nyawa dengan Jasat

berlakunya penghabisan pernafasan iaitu MATI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar