Selasa, 14 Desember 2021

KEAGUNGAN ALLAH.

 

KeAgungan Allah dalam memberi semua nikmatNya seta Anugerah yang tidak ternilai terhadap semua MakhlukNya di muka Bumi ini Manusia yang kejadiannya dengan penuh keistimewaan terutama Akal dan fikiran yang waras berbanding Makhluk lain di Dunia ini.


Allah Swt itu Maha Benar dalam segala kejadian yang telah ditentukan ditakdirkan di Alam Semesta ini. Sesungguhnya bukti kebenarannya dari Allah melalui Allah.


Keimanan dan kepercayaan serta Hakikat mengenai setiap apa yang telah berlaku diciptakan oleh Allah adalah untuk melengkapkan kitaran hidup di Bumi Allah ini.


Antara Hak atau memiliki peranan atau watak yang dijadikan kepada setiap Makhluk Allah di Dunia ini sebagai ketentuan, kesempurnaan dan arah hidup masing – masing mengikut lumrah ciptaan yang Maha Mencipta Segalanya.


Cinta serta pelbagai rasa Naluri Manusia yang Anugerahkan Allah kepada Manusia untuk membentukkan segala yang diberi ke jalan yang benar dan diredai dalam mencari rahmat dan kasih sayang Allah swt untuk selamanya di dalam hidup Insan yang bertakwa dan bertuah di sisi Allah Swt.


Mengapa Manusia perlu Mengenali Allah ini merupakan satu tajuk yang penting dalam kehidupan kita yang bergelar Insan biasa. Manusia wajib Jatidiri sebagai seorang Muslim dan hamba Allah untuk terus dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendalami Ilmu dalam Mengenal Allah Swt dalam Arti kata sebenarnya yang digunakan dalam Diri seseorang membolehkan untuk Mengenal dan seterusnya Mentauhidkan Allah Swt telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang penting untuk memperjelaskan dengan lebih Sempurna mengikut sumber Al-Quran yang tersirat yang berkaitan dengan tersebut. Sebagai seorang Islam, kita wajib Mengetahui kebenaran yang sebenar dalam merangkumi semua Aspek Akidah, Ibadat, Syariat dan Akhlak Diri Sendiri untuk mendekati dan Mengenali Allah dengan lebih Sempurna, mendalam di dalam hidup kita dan Manusia Wajib yakin dan percaya Allah Swt yang satu itu Wujud dan Ia adalah nyata dan benar belaka

Tidak ada komentar:

Posting Komentar