Hari ini Aku Sempurnakan bagimu Agamamu. Dan Aku cukupkan Nikmat-Ku atasmu. Dan Aku reda Islam menjadi Agama Syariat mu.
Perjalanan yang tidak Merialisasikan maksud ayat di atas adalah perjalanan yang tidak lengkap. Perjalanan kerohanian yang lengkap mengandungi
1: Jalan orang Islam biasa
2: Jalan hamba Mencari Allah
3: Jalan Dia yang Mengenali Diri-Nya
4: Jalan Diri mencari Diri atau jalan Mengenal Diri.
Ada orang yang sengaja mengambil jalan Diri mencari Diri iaitu jalan Mengenal Diri sahaja tanpa mengambil jalan-jalan yang lain. Jalan Mengenal Diri yang dilalui oleh Orang yang mengalami keFanaan, kelenyapan terhadap kesedaran Diri Sendiri, berbeza daripada jalan Mengenal Diri yang digubah oleh orang yang tidak ada Zauk, tidak hilang kesedaran Diri, tidak hilang Akal fikiran, tetap gelojoh dengan makan dan minum dan masih mahukan kesenangan Dunia. Golongan ini mengambil perkataan Ahli Zauk untuk dijadikan Iktikad dalam kesedaran mereka. Mereka menyamakan hamba dengan Allah. Iktikad mereka telah sesat dan menyesatkan.
Di antara semua peringkat perjalanan kerohanian yang paling sukar dilakukan adalah berhijrah daripada Hakikat kepada Syariat. Ramai di antara Ahli Sufi tidak melakukan hijrah. Mereka tidak dapat melepaskan Diri daripada kesan keFanaan dan mabuk. Pengalaman bersatu dengan Allah yang mengasyikkan membuat mereka enggan melepaskan keghairahan tersebut.
Ahli Sufi yang dipimpin kepada jalan Mahabbah melakukan hijrah dan kembali kepada jalan kenabian dengan Sempurna. Hijrah Nabi Muhammad Saw dari Makkah ke Madinah mengambil masa tujuh Hari. Bukan perkara yang ganjil jika hijrah Ahli Hakikat ke Syariat secara sepenuhnya mengambil masa tujuh tahun. Kehadiran Habiballah yang membuka pintu hijrah kepada Ahli Hakikat. Orang yang melihat dengan Mata Allah tidak dapat melihat kebenaran yang Sejati. Orang yang melihat dengan Mata Rasul Allah yang dapat melihat kepada Yang Haq. Walaupun Allah Swt memperkenalkan Sifat-Nya melalui Sifat Manusia tetapi itu hanyalah sekadar Iktibar. Allah Swt tidak jadikan Sifat-Nya sebagai Sifat Manusia. Sesiapa yang cuba menggunakan Sifat Allah Swt akan terbaliklah Akal dan Hatinya. Orang yang sengaja berbuat demikian berkemungkinan menjadi tidak Stabil Mentalnya, biasanya dipanggil isim Keadaan Akal dan Hatinya Seumpama tayar kereta yang tidak seimbang, menggegarkan keseluruhan bahagian kereta. Allah Swt telah meletakkan Mata kebenaran pada Nabi Muhammad Saw Hanya dengan memandang melalui Mata Nabi Muhammad Saw seseorang itu dapat menyaksikan kebenaran yang Sejati lagi Tulen.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar