Sesungguhnya sesiapa yang Mengenal Dirinya sungguh telah Mengenal Allah dan sesiapa yang telah Mengenal Allah binasalah Dirinya dan nyatalah Allah Sesungguhnya Manusia itu adalah Rahsia Aku dan Aku lah Rahsia Allah Aku kenal Allah dengan Allah Untuk Mengenal Allah hanyalah dengan Allah untuk Mengenal Yang Maha Ghaib hendaklah dengan Yang Ghaib juga Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa yang mahu hendaklah ia menjadikan ini suatu jalan untuk menuju Allah Dan Orang yang berjihad untuk Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami Akan kami perlihatkan kepada mereka nanti, bukti bukti Kekuasaan Kami diseluruh penjuru Alam dan bahkan pada Diri mereka Sendiri Orang yang berharap ingin menemui Allah hendaklah melaksanakan Amal Soleh dan tidak boleh menyengutukan apa pun dalam beribadah kepada Allah Katakanlah inilah jalan Aku. Aku mengajak kamu Menuju Allah dengan pandangan Batin
Orang yang bermujahadah pada jalan Allah Swt dengan cara menuntut Ilmu, mengamalkan Ilmu yang dituntut, memperbanyakkan Ibadah, berzikir, menyucikan Hati, maka Allah Swt akan menunjukkan jalan dengan memberi Taufik dan Hidayah sehingga terbuka kepadanya suasana berserah Diri kepada Allah Swt tanpa ragu ragu dan Redha dengan lakuan Allah Swt. Dia dibawa hampir dengan pintu Gerbang Makrifat dan hanya Allah Swt sahaja yang menentukan apakah seseorang itu akan dibawa ke hadrat Allah atau pun tidak, dikurniakan Makrifat atau pun tidak.
Tiada ada sedikit pun yang ada pada Diri Aku melainkan semuanya Milik Allah yang Zat yang Wajib Wujud, Zat yang Baqak wajah yang kekal Abadi Semua Zahir dan Batin Diriku, Zikirku, Sholatku, Puasa Amal Ibadatku, tiada bererti apa apa pada Diriku kerana semuanya ini Milik Allah Ar Rabbani, Allah yang menggerakkan semua gerak, Tidak bergerak walau pun sebesar Zarah dan kuman melainkan Allah lah Zat yang menggerakkan dan mendiamkan semua Makhluk yang bersifat Fana, lebur,kepada Wujud Zat Allah, Kita makhluk bersifat hanya menggayakan dan melakonkan segala gerak dari Zat Allah yang memerintah dengan kata perintah Kun Fayakun. Semua Sifat Makhluk yang Fana terikat dan tertakluk kepada satu kata perintah Zat Allah, iaitu Kun Fayakun. Bila kalam zat Allah berkata kata Kun jadi, Maka sifat kita secara semula jadi terkata Fayakun jadilah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar