Kamis, 02 Desember 2021

MAKRIFAT SEJATI

 

Sesat Sana Sesat Sini Haram Sana Haram Sini


Tuan-Tuan Puan-Puan Muslimin dan Muslimat sekalian.


Akhir-Akhir ini banyak yang menuduh Ilmu Makrifat itu sesat dan Makrifat itu haram Pada saya sesat atau haram itu adalah kerana Belum jumpa Belum jumpa memanglah sesat Cuba Tuan-Tuan dah berjumpa pasti ianya tidak lagi sesat Sesat itu adalah kerana belum jumpa


Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada Mengenal Allah atau tidak Bagi yang sudah berjumpa dan bagi yang sudah Mengenal Makrifat tidak lagi sesat dan Makrifat tidak lagi haram Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada perkara tahu atau tidak.


Saya kira Solat orang yang tidak Mengenal Allah itu lebih sesat dan lebih haram daripada Ilmu Makrifat. Kenapa orang yang Solat tanpa Mengenal Allah dan Solat tanpa ingat kepada Allah itu tidak dijatuhkan hukuman sesat dan kenapa tidak dijatuhkan hukuman haram


Solat tanpa kenal Allah dan Solat tanpa ingat kepada Allah itu apakah hukumnya Cuba Tuan-Tuan jawab.


Jika tidak tahu memanglah sesat Cuba Tuan-Tuan baca dan cuba Tuan-Tuan Hayati betul-betul Kitab lama Pasti Tuan-Tuan menangis dan pasti Tuan-Tuan Insaf betapa Diri kita ini teramat jauh dari Allah


Kita hanya tahu menyebut nama Allah. Allah yang kita sebut dan yang kita panggil itu hanyalah Nama. Sayangnya Tuan-Tuan tidak tahu Tuan yang Ampunya nama. Sebenar-benar Allah itu adalah Tuan kepada yang Ampunya nama, Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara. Adapun yang kita sebut itu adalah perkataan nama Allah. Hanya sebut nama, mana Tuan yang Ampunya nama


Lagi pula Allah bukan suara bibir mulut, apakah dengan tidak ada bibir mulut, Allah itu tidak ada Apakah Allah itu ada hanya bila mana ada bibir mulut Apakah kalau tidak ada bibir mulut dan tidak ada suara, Allah itu tidak ada Cuba jawab


Belajarlah Mengenal Allah yang Sebenar-Benar Allah iaitu Allah yang tidak perlu ada suara bibir mulut, Allah yang tidak perlu ada Suara dan Allah yang tidak perlu ada nama. Tulisan Allah yang di dinding itu bukan Allah. Sebutan perkataan Allah itu bukan Allah.


Mana yang dikatakan Sebenar-Benar Allah Sebenar-benar Allah itu adalah yang tidak perlu kepada suara dan tidak perlu kepada tulisan. Apakah Tuan-Tuan Mengenal Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak berjisim Kalau Tuan-Tuan tidak Mengenal Allah dan tidak ingat kepada Allah di dalam Solat, apakah Solat itu sah Kenapa tidak haramkan Solat orang yang tidak Mengenal Allah Kenapa tidak sesatkan Solat orang yang tidak ingat kepada Allah


Tetapi kenapa orang yang belajar dan orang yang mengajar Ilmu Makrifat Ilmu Mengenal Allah itu sesat dan dituduh haram Jika semua Ilmu Makrifat dituduh sesat dan jika semua Ilmu Makrifat dituduh haram, mana satukah Makrifat yang benar Mana satukah Makrifat yang betul Semua Makrifat itu salah, manakah Makrifat yang betul.


Tidak pernah kita dengar orang mengajar di Masjid, di Surau, di Televisyen dan tidak pernah kita dengar Forum Perdana tentang Makrifat yang betul. Mana Makrifat yang betul untuk dibuat panduan, untuk dibuat Tauladan dan dibuat contoh Mana role-model Makrifat yang tak haram dan mana role-model yang tak salah untuk kita jadikan ikutan Kalau ada saya pun nak Tumpang belajar, tetapi mana Kita sekarang hanya ada golongan yang hanya tahu tuduh sesat dan haram, tetapi Makrifat yang tidak sesat, Makrifat yang tidak salah tidak pula diajar, melainkan hanya tahu tuduh!


Mana Makrifat yang tidak sesat dan mana Makrifat yang tidak haram Tidak pernah kita dengar orang mengajar Makrifat di Masjid Surau Ceramah atau forum Perdana di Televisyen atau di Corong-Corong Radio, melainkan kalau adapun hanyalah sekadar istilah Makrifat sahaja. Tetapi tentang Sebenar-Benar Mengenal Allah, Mengenal Diri, Zuk, ingat dan melihat Allah tidak pernah kita dengar.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar