Selasa, 14 Desember 2021

MANUSIA RAHSIA AKU

 

Bismillahhirrohmanirrohim...


Sebenarnya kita Menyembah pada Allah yang terlihat atau yang tidak terlihat.


Ketika Saidina Ali ditanya oleh para sahabat Wahai Ali, apakah kamu melihat Allah yang kamu sembah.


Saidina Ali berkata Aku tidak Menyembah apa yang tidak Aku lihat.


Perkataan Saidina Ali ini tidaklah salah kerana ucapan itu adalah ucapan orang yang sudah Makrifatullah,orang yang sudah mencapai Maqam Fana Fillah,ucapan orang Hakikat jangan diartikan Syariat atau Dzahir atau yang tersurat saja, bahawa maksud melihat itu bukanlah melihat dalam Artian Syariat Mata Jasad tetapi Bathin Jadi maksud melihat Allah adalah MerasakanNya, MengetahuiNya, MengenalNya secara mendalam dengan Sebenar benarnya Hakikat.

Pernah Nabi SAW menuangkan Ilmu Makrifatullah kepada Saidina Ali, melalui Kalimat Laa ilaaha illallah.


Sebelum mengucapkan Kalimat Syahadah

Laa ilaaha illallah diwajibkan bagi kita untuk melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad Tauhid sehingga diberikan Hidayah petunjuk oleh Allah Mengetahui Ilmu Makrifatullah, dan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus, sesuai dengan ayat Quran surah Muhammad ayat 19, maksudnya : Hendaklah kamu berilmu Makrifatullah terlebih dahulu, barulah kamu berkata : Bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah.


Ketika Nabi Muhammad SAW menuangkan Ilmu Makrifatullah kepada Saidina Ali Baginda berSabda : Hai Ali, pejamkan kedua Matamu dan Engkau dengar daripada Aku tiga kali Aku berkata Laa ilaaha illallah tiga kali, dan Aku mendengar bacaan Engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah dengan memejamkan kedua Mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan Laa ilaaha illallah tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua Matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami Fana Fillah. Kemudian Setelah Ali sedar, maka Nabi bertanya kepada Ali Mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka Anta Anta Allah.


Kulihat Allah dengan Mata Hatiku dan Aku pun berkata: tidak Aku ragu Engkau, Engkaulah Allah Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

Aku adalah gudangnya Ilmu dan Ali adalah pintunya.


Didalam hadis yang lain Nabi Muhammad Saw telah berSabda


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana Aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan Aku ya Ali hingga bertemu lutut.


Pejamkan mata mu,

Tongkat kan lidah mu ke langit-langit,

sebutlah nama Allah sebanyak banyaknya


Saidina Ali ibn Abi Thalib adalah Sahabat Nabi dan sekaligus Sahabat yang diberi izin untuk mengajarkan Ilmu Makrifatullah ini dengan gelar Karamallah Wajhahu Fana karam memandang Wajah Allah iaitu suatu gelaran yang hanya diberikan kepada Ali ibn Abi Thalib kerana ia telah Fana karam dalam memandang Wajah Allah. Kemudian Ilmu Tasawwuf Makrifatullah ini, diajarkan Saidina Ali kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri mengajarkannya kepada generasi sesudahnya dan seterusnya kemudian timbulah Ilmu Tasawuf yang dinamakan dengan Tharikat Sufi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar