Jumat, 03 Desember 2021

MATA HATI

 

Ramai Orang hanya Celik Mata fizikal atau Mata Zahir iaitu melihat sesuatu kejadian Allah Swt di Dunia ini dengan menggunakan kedua-dua belah Mata sebagai Pancaindera sahaja Tetapi tidak ramai yang Celik Mata Hati iaitu kita melihat sesuatu dengan perasaan


Mata Hati itu Nur iaitu Cahaya Hati kita yang dapat memberikan pencerahan kepada fikiran yang diterjemahkan Melalui tindakan Mata fizikal melihat Makhluk Objek dan sebagainya dari sudut fizikal seperti besar kecil cantik hodoh banyak atau sedikit


Mata Hati melihat Rahsia Allah Swt yang terselindung daripada apa yang kita nampak secara Zahirnya Maknanya jika biasanya kita melihat peringkat kehidupan dengan pandangan biasa kita nampak apa yang di hadapan Mata sahaja Celik Mata Hati memandang dengan perasaan jiwa Emosi dan Roh


Setiap apa yang kita pandang memberikan Nilai dan kesan perasaan kepada Diri Banyakkan berdoa supaya Mata Zahir tidak menutup Mata Hati sehingga hilang keyakinan kepada Allah Swt sebaliknya hanya yakin kepada Manusia serta sanggup memperhambakan Diri kepada Manusia


Doa adalah tanda pengharapan permohonan dan pergantungan hanya kepada Allah Swt Firman Allah Swt yang bermaksud Berdoalah kepada Aku Nescaya Aku perkenankan doa permohonanmu Sesungguhnya orang yang Sombong Takbur daripada Ibadah dan berdoa kepada Aku akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan Hina.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar