Senin, 13 Desember 2021

MENGENAL DIRI SENDIRI

 

Langkah pertama untuk Mengenal Diri Sendiri ialah dengan mengetahui bahawa Diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir yang disebut badan atau jasad bentuk-bentuk Batin yang disebut Qalbu atau jiwa Yang di maksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri Badan di bawah susu yang dikatakan jantung Tetapi dialah Roh Suci berpengaruh di dalam tubuh dia lah yang mengatur Jasmani segenap anggota badan Dialah Hakikat Insani Allah yang dinamakan Diri yang sebenarnya Diri Dia yang bertanggung-jawab dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah.


Untuk meneliti Mengenal Diri Sendiri itu maka Jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan Dan Roh sebagai Rajanya yang berkuasa dialah yang mengatur Jasmani Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.Seluruh Badan Jasmani akan hancur binasa setelah Mati tetapi Hakikat Roh dan jiwa tidak akan Mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah Dan Rohani Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib maksudnya bahawa Roh Jiwa itu adalah Ghaib keadaannya tidak terpisah-pisah tidak terbatas oleh waktu ruang tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh oleh kerana itu maka setiap Manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam Dirinya Sendiri Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa Manusia itu adalah Mikrosmos atau Dunia kecil dalam Dirinya Sendiri.


Sebahagian orng berpendapat bahawa Hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua Matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya kecuali peribadinya Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari Alam Abadi kepada peribadinya dalam Mengenal Dirinya Tetapi bagaimana pun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang Hakikat Roh yang sesungguhnya adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa Di dalam Al-Quran Allah berfirman Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh katakanlah bahawa Roh itu Utusan Allah tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja Apabila seseorang bertakafur atas Dirinya Sendiri maka ia akan dapat Mengetahui bahawa Dirinya pada masa dahulunya tidak pernah ada Firman Allah Tidakkah Manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apa pun Kemudian Manusia itu akan Mengetahui bahawa ia Sebenarnya dijadikan dari Setitis Air Mani yang tidak mempunyai Akal sedikit pun tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala sebagainya Dari sinilah Manusia akan Mengetahui dengan terang nyata bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya kerana sehelai rambut pun Manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.


Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka Manusia itu dapat menemukan Dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan Kasih Sayangnya Allah yang menjadikannya.Dan apabila Manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dalam kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti Makanan Minuman pakaian, perumahan sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dalam muka Bumi ini Di sini Manusia akan menjadi sedar akan Sifat Rahman Rahimnya Allah yang begitu besar luasnya Demikianlah Alam Dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keAjaiban-keAjaiban Rangka Jasad adalah bukti Kekuasaan KebijaksanaanNya, serta penuh pula dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih SayangNya, pada keperluan Hidup Manusia, maka oleh kerana itu Manusia akan Mengetahui bahawa Allah itu ADA Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian pengenalan Diri Sendiri akan menjadi kunsi bagi pengenalan Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar