Senin, 13 Desember 2021

MENGENAL DIRI

 

MAN AROFA NAFSAHU FAQOD AROFA RABBAHU

Ertinya: Barang siapa Mengenal Dirinya, Nescaya Mengenal akan Allah


Jadi sebelum Mengenal Allah, kenallah Diri. Perjalanan itu kita mulakan dari dalam Diri kita Sendiri dari dalam terus kedalam Akhirnya serba Alam dan keindahannya dan dengan keganjilannya hanyalah sebagai pencari Diri Alam ini penuh dengan Rahsia-Rahsia yang tersembunyi Rahsia itu tertutup oleh dinding-dinding, dinding- dinding itu ialah Hawa Nafsu kita Sendiri atau disebut pula Nafsu Syaitan atau dengan kata lain ialah : Nafsu lawammah atau Nafsu Sawiyah atau Nafsu yang batal Agiar. Dinding-dinding itu mungkin tersingkap dan terbuka, Asal kita sudi menempuh jalannya, jalannya ialah jalan yang ditempuh oleh orang Arif, dan mahu mengurangkan sedikit dari Hawa Nafsu kebendaan dan sanggup menyisihkan segala halangan dan rintangan yang hendak menggagalkan niat kita yang baik itu. Jadi yang hendak kita kenal ini bukanlah Diri yang kasar ini Tetapi Diri yang bersifat ketuhanan. Diri kita ini ada dua Unsur


Jasad atau Badan kasar.

Unsur Ruh atau Badan latif. Ruh itu erat sekali pertaliannya dengan Allah

Memang sudah hamba katakan dahulu bahwa RUH itu adalah suatu Rahsia yang amat sulit. Jadi yang sebenar –benar Ruh itu Nur Muhammad. Jadi yang sebenar-benar Nur Muhammad itu Sifat. Sebenar-benar Sifat itu ialah Zat. Jadi Zat itu Zat Hayat bukan Zat Hayun. Jadi Allah adalah Nama Zat, dan Muhammad Nama Sifat. Zat dan Sifat itu tiada bersatu dan tiada bercerai. Sekarang marilah kita teruskan untuk Mengenal Diri dan Mengenal Allah.


WANAN KAANAFI HAJIHI AMA FAHUWA FIL AKHIRATIA’MA WA ‘ADHOLLU SABBILA

Ertinya Barang siapa buta dalam Dunia ini, Nescaya buta juga di Akhirat sesat di jalan


Seratus Dua puluh Empat ribu Nabi-Nabi diutus Allah kedalam Dunia ini adalah untuk mengajar dan memimpin umat Manusia untuk cara-cara membersihkan Batin atau Qalbu, supaya dapat Makrifat dan Mengenal Allah. Tujuan utama ialah agar memperoleh kebahagiaan jiwa dan ketenangan Batin Kerana yang Sebenar-benar Kaya itu ialah kebahagiaan jiwa dan kebersihan Hati. Inilah tujuan utama bagi alat jiwa Manusia ini. Inti daripada segala kebahagiaan itu ialah Makrifatullah Jadi siapa yang sudah Makrifat itulah Syurga Dunia dan Syurga Akhirat nanti Dan siapa belum masih terdinding itulah Neraka Dunia dan Neraka Akhirat nanti. Jadi barang siapa tidak ada hasrat memiliki Ilmu ini maka samalah ia makan Nasi bercampur pasir Makrifat itu adalah suatu Amanah dari Allah yang Wajib kita tuntut dan kita tuju.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar