Jumat, 03 Desember 2021

MENGINGATI ALLAH

 

Dalam kehidupan seharian di Dunia ini, pasti ada antara kita yang hidup Allah Sentiasa tidak tenteram sering mengalami kegagalan Hatinya tidak tenang dan ada sahaja perkara-perkara buruk silih berganti berlaku kepada Allah


Selain daripada Ujian hidup yang biasa dialami mungkin perkara-perkara yang berlaku itu berkait rapat dengan hubungan kerohaniannya dengan Allah Swt


Firman Allah Swt Orang yang beriman Hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah Ingatlah hanya dengan mengingati Allah Hati menjadi tenteram


Ayat ini jelas menyeru kita agar Sentiasa mengingati Allah untuk memperoleh ketenangan Hati


Ini kerana apabila lidah kita sentiasa basah dengan Zikrullah bacaan-bacaan dalam Solat doa dan Hati serta fikiran yang sering mengingati Allah Dia akan mengurniakan Rahmat kepada kita.


Rahmat inilah yang seterusnya menjadi kurniaan buat kita, hambaNya dalam menjalani kehidupan seharian di muka bumi ini.


Misalnya, apabila kita diuji dengan ujian yang sehingga mampu mengakibatkan kita jatuh tersungkur, dan jika kita tidak mengingati Allah, kepada siapa lagi yang harus kita mengadu dan meminta bantuan Allah


Jika orang di sekeliling kita pun tidak mampu membantu kita, kepada siapa kita harus meminta pertolongan Allah


Sedangkan seandainya orang lain membantu kita sekali pun, pertolongan yang mereka hulurkan itu juga sebenarnya terjadi dengan izin Allah dan ia merupakan satu bentuk bantuan daripada Allah yang disampaikan menerusi sesama Insan.


Disebabkan itulah, ada kalanya Allah terus menguji kita dengan menurunkan ujian yang tidak putus-putus untuk menguji dan memujuk hambaNya agar kembali meminta kepadaNya Yang Satu.


Firman Allah Swt yang bermaksud Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu MengenaiKu beritahu kepada mereka Sesungguhnya Aku Allah Sentiasa hampir kepada mereka Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan mematuhi perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk


Ayat ini membuktikan bahawa apabila kita berdoa kepada Allah, Nescaya Dia akan memperkenankan doa-doa tersebut.


Sebagai hambaNya, kita juga diseru untuk sentiasa mematuhi perintah Allah dan beriman kepadaNya agar kita sentiasa dalam rahmatNya dan mendapat petunjuk daripadaNya.


Kesemua ini jelas menjawab persoalan sebentar tadi tentang mengapa orang yang tidak mengingati Allah hidupnya akan sentiasa berada dalam kekalutan dan hatinya tidak tenteram.


Bagaimana caranya untuk sentiasa mengingati Allah


Lidah kita hendaklah sentiasa berzikir, tangan kita perlu sentiasa memohon doa kepadaNya, bibir kita mestilah menyebut ayat-ayat Suci Al-Quran, anggota badan kita perlu taat melaksanakan Solat lima waktu dan hati serta fikiran kita mestilah sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan.


Dengan itu, barulah Hati kita akan tenang, kehidupan akan lebih diberkati dan setiap kesulitan yang dihadapi itu akan dipermudahkan urusannya oleh Allah Swt


Cubalah petua ini Pastinya anda akan gembira melihat hasilnya dan akan konsisten mengamalkannya Selepas ini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar