Hendaklah Salik melintasi Alam dan bukan Alam untuk menuju kepada Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Allah adalah tujuan yang benar dan yang pertama.
Keadaan Salik yang tidak dapat melepaskan Diri dari Alam atau dengan kata lain Syirik kepada Allah, adalah Umpama seekor Unta yang berputar mengelilingi batu penggiling, walau pun jauh ia berjalan, tapi Akhirnya kembali ke tempat Asalnya ia bermula, bukankah ini perbuatan yang sia-sia dan membuang waktu.
Oleh itu, keluarlah dari perbuatan yang sia-sia itu dan masuklah ke dalam Wujud Yang Maha Pencipta. Bagaimanapun untuk memasuki Wujud tersebut terdapat banyak halangan dan penjara yang perlu dilalui, sebelum sampai ke Matlamat yang dituju Wujud Allah.
Yang pertama membebaskan Diri daripada penjara Alam Jasad:
Penjara Alam Jasad adalah Hawa Nafsu. Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat, seperti kekuasaan, kemuliaan, puji-pujian, tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
Jika mahu bebas daripada penjara ini perlulah menjauhkan Diri daripada perkara yang tidak baik itu, perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan Salik Menuju Allah Swt.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar