Jangan Sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya Sekadar Senyuman
Dunia ini Umpama lautan yang luas Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya andai muatan kita adalah Iman dan layarnya Takwa Nescaya kita akan Selamat dari tersesat di lautan Hidup ini
Hidup tak selalunya indah tapi yang Indah itu tetap Hidup dalam kenangan
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan Tanpa kejujuran hidup Sentiasa menjadi mainan Orang
Dalam kerendahan Hati ada ketinggian budi Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa Dalam kesempitan Hidup ada kekuasaan Ilmu
Ikhlaslah menjadi Diri Sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan Ibarat buih-buih sabun Bila-bila masa ia akan pecah
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi Dengan Riak
Tidak ada Insan Suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada Insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan Hati yang lebih keras dari batu Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan Hati yang lunak Seperti Sutera
Keikhlasan itu Umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang Amat kelam Ianya Wujud tapi Amat sukar dilihat
Hidup memerlukan pengorbananan Pengorbanan memerlukan perjuangan Perjuangan memerlukan ketabahan Ketabahan memerlukan keyakinan Keyakinan pula menentukan kejayaan Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan
Kita Sentiasa muda untuk melakukan Dosa tetapi tidak pernah Tua untuk bertaubat
Gantungkan Azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah Mutiara di lautan
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur Setiap Mata terbuka belum bererti ia melihat
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu Api
Menulis sepuluh jilid buku Mengenai Falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan
Kegembiraan Ibarat semburan pewangi Apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang Anda miliki itu kepada teman Anda
Esok pasti ada tetapi Esok belum pasti untuk kita Beringat-ingatlah Untuk menghadapi Esok yang pastikan mendatang
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu Sumber Hikmah menyediakan Waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya Jiwa menyediakan Waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan menyediakan Waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan Waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan Waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari Segala ketenangan Jiwa
Kekecewaan mengajar kita Erti kehidupan Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Jika kejahatan di balas kejahatan maka itu adalah dendam Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untok menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata seribu bahasa Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan
Hiduplah Seperti lilin menerangi Orang lain janganlah Hidup Seperti duri mencucuk Diri dan menyakiti Orang lain
Akal itu menteri yang menasihati Hati itu ialah raja yang menentukan Harta itu satu tamu yang akan berangkat kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
Selemah-lemah Manusia ialah Orang yang tak boleh mencari Sahabat dan Orang yang lebih lemah dari itu ialah Orang yang mensia-siakan Sahabat yang telah dicari
Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai Dirinya Sendiri
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang Sedangkan Orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan
Kalau kita melakukan Semua yang kita upaya lakukan sesungguhnya kita akan terkejut Dengan hasilnya
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki tetapi kita sering kali ingat apa yang Orang lain ada
Apa yang diperolehi dalam hidup ini adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya
Fikirkan hal-hal yang paling hebat Dan kamu akan menjadi terhebat Tetapkan akal pada hal tertinggi Dan kamu akan mencapai yang tertinggi
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan Apa yang ada hanyalah percubaan cabaran dan pelbagai peluang Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan Manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari Semangat yang tidak pernah mengalah
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira berketawa adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis Air Mata kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk Mengenal Erti BAHAGIA sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal Erti KEJAYAAN sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita Syukuri NIKMAT yang diberi sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat
Kejayaan tidak datang kepada Manusia yang leka
Semua yang dicapai oleh manyusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
Menyimpang seinci rugi seribu Batu
Rahsia kejayaan adalah ketekalan Matlamat
Perbaiki Diri Anda tetapi jangan jatuhkan Orang lain
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya
Nilai Manusia adalah semahal Nilai matlamatnya
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah
Tiada Manusia yang berjaya dalam Semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini Sebenarnya mesti menempuh kegagalan Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah Semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke Akhir Hayat
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah
Perjalanan seribu Batu bermula dari Satu langkah
Kegagalan adalah asas kemenangan
Jika tujuan anda jelas Anda boleh mencapainya dengan mudah
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran
Masa depan itu dibeli oleh masa Sekarang
Orang yang berjaya dalam hidup adalah Orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan Jika anda tidak mahu membuat sesuatu Anda akan cari alasan
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar