Fitrahnya kita melihat dengan Mata tetapi jangan disangkal Fungsi Hati kerana pandangan Mata Hati lebih telus. Melihat haiwan dengan mata kasar akan terpandang Haiwan, Gunung Ganang serta tumbuhan. Sedangkan jika dilihat Alam dengan Mata Hati akan nampak Fungsi Alam serta ketundukan kepada Allah Swt
Firman Allah Swt yang bermaksud Tidakkah Engkau Mengetahui bahawasanya Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa Sentiasa bertasbih kepada Allah sekalian Makhluk yang ada di langit dan di Bumi serta Burung yang terbang berbaris di Angkasa Masing-masing sedia Mengetahui menurut keadaan semula jadinya akan cara mengerjakan ibadahnya kepada Allah dan memuji Allah dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang Mereka lakukan
Bebaskan Hati daripada Cengkaman yang menjauhkan Diri daripada Sifat Hamba kepada Allah Swt dengan meletakkan keyakinan pada Ilahi Menerusi keyakinan akan meresap dalam Jiwa kewujudan Allah Swt Terdapat perbezaan jika hanya tahu ada Allah
Allah Swt berbanding miliki rasa yakin adanya Allah Swt
Menjadi Islam cukup sekadar percaya, namun bagi memastikan 'percaya' itu memberi kesan dalam kehidupan perlu kepada Iman yang berada pada tahap yakin. Hasil daripada keimanan serta kepercayaan pada tahap yakin akan menghalang seseorang daripada melakukan kejahatan mahupun kemaksiatan.
Seseorang itu bukan sekadar tahu Allah Maha Melihat, tetapi tahu yakin dan rasa yang Allah Maha Melihat.
Miftah memberi perumpamaan seorang penembak tepat. Walaupun telah ditunjukkan sijil atau pengiktirafan bahawa beliau seorang yang berkemahiran tetapi kita tetap tidak yakin untuk membiarkan beliau menembak sebiji Epal yang diletakkan di atas kepala kita.
Kita hanya tahu Allah memiliki kemahiran tetapi tidak yakin sepenuhnya. Begitu jugalah jika kepercayaan tidak disertai keyakinan maka Allah tidak akan memberi kesan untuk melakukan mahupun meninggalkan sesuatu perkara.
Selain itu, kita perlu memerdekakan Hati daripada Syirik. Zaman sekarang, walaupun teknologi maju, tetapi akidah masih lagi ketinggalan zaman. Dalam Dunia serba Moden ini, ada juga yang menjadikan duit dan majikan sebagai Allah. Kepercayaan ini Wajib dibersihkan daripada bersawang dalam Hati yang Akhirnya akan merosakkan Diri.
Seterusnya, memerdekakan Hati daripada Sifat Mazmumah kepada Sifat Mahmudah. Mulakan dengan pengosongan jiwa daripada sebarang kekotoran Hati seperti membersihkan bekas Kosong sebelum memasukkan Air baharu ke dalamnya supaya terjamin kebersihannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar