Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman kepada Nabi Daud As Wahai Daud Kosongkan untuk Aku sebuah rumah agar Aku dapat tinggal di dalamnya Sebaik sahaja Nabi Daud As menerima perintah tersebut Nabi Daud As tidak memahami apakah maksud perintah dari Allah itu. Lantas Baginda pun bertanya Wahai Tuhanku bagaimanakah cara untuk Aku dapat melaksanakan perintahMu itu? Kemudian Allah pun berfirman Kosongkanlah Qalbumu hanya untuk Aku.
Memandang Kaabah di dalam Masjidil Haram sahaja memperolehi Dua Puloh Rahmat. Itu baru Kaabah yang Majazi binaan Manusia. Bagaimanakah pula memandang Kaabah yang Batin Haqiqi Binaan DIA yang Maha Suci? Betapa Agung dan indahnya yang dipandang, yang memandang dan pandangan itu Sendiri tanpa seurat benang bahasa, kata-kata dan huruf, hanya Lautan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar