Asal kejadian itu Empat Anasir iaitu Tanah Air Api Angin Turun kepada kita Tanah itu tubuh kita Angin itu Nafas kita Api itu darah kita Air itu Rahsia bagi kita Maka inilah Mengenal Diri namanya Kejadian tanah itu bernama Syariat kejadian Angin itu bernama Tarikat kejadian Api itu bernama bernama Hakikat dan kejadian Air itu bernama Makrifat Inilah Mengenal Diri namanya Maka Syariat itu umpama kaki Tarikat itu umpama tangan Hakikat itu umpama tubuh Makrifat itu umpama kepala Maka tiadalah ia bercerai hendaklah kita hilangkan bicara tubuh diRahsiakan inilah Fana namanya Maka tiadalah boleh bercerai hanya ada Allah Sendiri kerana dilihat mengatakan ( La Yakrifu Allah Ilallah ) Artinya-Tiada Mengenal Allah hanya Allah maka tiada dapat kita Mengenal Allah kerana tiada kita melihat Allah
Adapun yang kata berbagai itulah Rahsia Allah kepada Batin dan Zahirnya kita mengatakan ( La Ilaha Illa Allah ) itulah Rahsia Allah yang mengatakan Rahsia Artinya- Tiada lagi hatinya dapat Mengenal Allah hanya Rahsia Allah saja yang dapat Mengenal maka bergantilah Tubuh dan Hati itu tiada lagi menyebut hanya Allah dengan Rahsia jua iaitu yang ada pada jalan Makrifat. Tatkala mengata ( Allah Hu Akhbar ) itu hanya Allah yang ada menyebut jangan ada lagi rasa berbagai bagai yang diingatkan Batin dan Zahir hanya Allah saja maka hilanglah cita cita yang lain hanya Allah yang ada pada Makrifat itu
Maka hairanlah kita tercengang setelah itu Allah tahukan Dirinya dan tiada tahu akan Allah Jikalau lagi kata didalam Hati kita menyebut itu dan yang disembah itu Allah maka jadi dua belum lagi ada rasa jikalau Anugerah Allah akan hambanya mengerti pengajaran itu menjadi Asa jikalau kita Zikir atau Sembahyang Jangan berbeza lagi Jika mengatakan
( La Ilaha Illa Allah ) Rahsia Allah kehendaknya Allah memujinya sendiri dan Hati memujinya Dirinya Allah jangan lagi kata Hati memuji itu hanya Rahsia Allah juga memuji Dirinya beza yang dipakai oleh Aulia Allah Sekelian Maka tiada lagi Makrifat kita.
Hanya sendirinya dengan Rahsianya dan kehendaknya maka inilah Fana pada Allah dan Ya Allah jikalau sudah rasa kepada Allah maka tiada bercita kepada yang lain lagi Maka hendaklah wahai saudaraku Sekelian pagi dan petang siang dan malam Dunia dan Akhirat Hidup dan Mati jangan berubah lagi. Adapun yang bernama Alam sapiir itu didalam Otak kita kerana Otak kita itu tempat nyata Roh kita yang bernama Alam sapiir itu kerana Alamnya. Adapun yang bernama Alam Kabir itu pula ialah tubuh yang nyata diperintah Rahsia Allah tempat nyata Roh.
Satu Dunia dengan kebodohan Diri Sendiri dengan Memuja COPID-19 layak lah COPID-19 di Bawah tapak kaki Aku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar