Senin, 13 Desember 2021

RAHSIA NUR MUHAMMAD

 

Apabila hendak Mengenal Diri maka hendaklah terlebih dahulu kenal akan Rahsia Nur Muhammad kerana Rahsia Nur Muhammad itulah yang dapat Mengenalkan kepada Sebenarnya Diri Adapun yang bernama Diri itu terbagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama Diri yang Zahir dan kedua Diri yang Batin Diri yang Zahir itu adalah Bayang-Bayang Diri yang Batin yang juga berhuruf dan berkalimah Allah.


Sesudah ketahui Diri yang Zahir itu ketahui pula Diri yang Batin Siapakah Diri Batin Sebab Diri yang Batin itulah yang dapat Mengenal seperti kata Guru Murshid Barang siapa Mengenal Dirinya maka kenal lah Allah Sebelum Mengenal Diri yang Batin hendak lebih dahulu Matikan Fanakan Diri yang Zahir seperti Sabda Rasullulah Matikan Diri sebelum Mati Setelah Mati Fana Diri yang Zahir barulah nyata Diri yang Batin yang disebut Sebenar-benarnya Diri Jika Diri yang Zahir itu sudah Fana, berarti Diri yang Zahir sudah lebur lenyap kepada Diri yang Batin Diri yang Zahir itu sesuai dengan maksud kata-kata Daripada tiada menjadi ada dan daripada ada kembali menjadi tiada.


Diri yang Zahir ini sudah tiada Fana tetapi yang ada hanya Diri yang Batin yang bernama Muhammad seperti yang disebut dalam Hadits Qudsi Aku jadikan Engkau ya Muhammad kerana Aku dan Aku jadikan sesuatu itu kerana Engkau Jelaslah yang bernama Muhammad itulah sebenarnya Diri yang Batin kerana Muhammad itulah yang ada mempunyai Tubuh Hati Nyawa Rahsia Ada pun Tubuh Muhammad itulah yang bernama Alam Insan yakni Syariat Adapun Hati Muhammad itulah yang bernama Alam Ijsin yakni Tharikat Adapun Nyawa Muhammad itulah yang bernama Alam Misal yakni Hakikat Adapun Sir Muhammad itulah yang bernama Alam Ruh yakni Makrifat.


Sesudah demikian itu Muhammad itu pulalah yang akan Mengenal Allah Muhammad dapat Mengenal Allah setelah Fana Tubuhnya Hatinya Nyawanya Rahsianya Zatnya Sifatnya Asmanya dan Afaalnya Firman Allah Katakan olehmu Muhammad bahwasanya Allah taala itu Esa.

Esa pada Dzatnya Esa pada SifatNya Esa pada Asmanya dan Esa pada Afaalnya Setelah Mengenal Diri yang Batin maka Fanakan pula Diri batin itu Sejajar dengan Firman Allah Serahkan Dirimu Hai Muhammad pada Allah yang hidup dan tiada Mati Mengenai Muhammad menyerahkan dan mengEsakan Diri kepada Allah adalah seperti yang diUraikan di bawah ini contohnya apabila Muhammad memFanakan batinnya maka Baqa dalam Dzat Allah.


Adapun Batin Muhammad itu adalah Dzat kepada Allah dan Rahsia Sir kepada hamba Adapun Awal Muhammad itu adalah Sifat kepada Allah dan Nyawa kepada hamba Adapun Akhir Muhammad adalah Asma kepada Allah dan Hati kepada hamba. Adapun Zahir Muhammad adalah Afaal kepada Allah dan Tubuh kepada hamba Adapun yang disebut hamba itu tiada lain dari Muhammad jua dan jangan sekali-kali disangka hamba itu adalah Jasad kerana ini pada Ilmunya sudah tidak ada lagi Fana Rahsia Nyawa Hati dan Tubuh Muhammad itu pun sudah Fana kepada Dzatnya SifatNya Asmanya dan Afalnya Allah iaitu hanya Allah Taala jua adanya.


Dan seperti firman Allah Swt.

Allah yang Awal tiada baginya permulaan dan ia jua yang Akhir yang tiada baginya berkesudahan dan ia jua yang Zahir serta ia jua yang Batin Oleh itu tubuh yang Zahir dan Batin Fana kepada Allah jua adanya iaitu Fana fillah dan Baqa billah maka Segala perbuatan adalah perbuatan Allah si hamba sama sekali tidak memiliki perbuatan Segala Asma pada Hakikatnya adalah Asma Allah Nur Muhammad Saw dari pada Nur Dzat Allah Taala Sekelian Makhluk dan segala sesuatu dijadikan dari padanya Segala Sifat pada Hakikatnya adalah Sifat Allah yang ada pada hamba adalah Wujudnya Itulah yang Sebenar-benarnya Makrifat kepada Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar