Rabu, 15 Desember 2021

SEMBUNYIKAN ILMU RAHSIA

 


Aku jadikan dalam Rongga Anak Adam itu Mahligai dan dalam Mahligai itu ada Dada dan dalam Dada itu ada Hati Qalbu namanya dan dalam Hati Qalbu ada Mata Hati fuad dan dalam Mata Hati Fuad itu ada penutup Mata Hati saghaf dan dibalik penutup Mata Hati saghaf itu ada Nur Cahaya labban dan di dalam Nur Cahaya labban ada Rahsia Sirr dan di dalam Rahsia Sirr itulah Aku kata Allah

Bagaimanakah maksud hadis ini Tanyalah kepada Ahlinya, yaitu Ahli Zikir,


Tanyalah kepada Ahli Zikrullah Ahlus Shufi kalau kamu benar-benar tidak tahu.


Kerana Allah itu Ghaib, maka perkara ini termasuk perkara yang dilarang untuk menyampaikannya dan haram pula dipaparkan kepada yang bukan Ahlinya orang awam sebagimana dikatakan para Sufi


Bagi Allah itu ada beberapa Rahsia yang diharamkan membukakannya kepada yang bukan Ahlinya.


Telah memberikan kepadaku oleh Rasulullah SAW dua cangkir yang berisikan Ilmu pengetahuan, satu daripadanya akan saya tebarkan kepada kamu. Akan tetapi yang lainnya bila saya tebarkan akan terputuslah sekelian Ilmu pengetahuan dengan memberikan isyarat kepada lehernya.


Kerusakan dari Ilmu pengetahuan ialah

dengan lupa, dan menyebabkan hilangnya ialah bila Anda ajarkan kepada yang bukan Ahlinya.


Adapun tentang Ilmu Fiqih atau Syariat, Nabi SAW berSabda


Sampaikanlah oleh kamu walau satu ayat saja.


Adapun Ilmu Fiqih tidak boleh disembunyikan, sebagaimana Sabda Nabi SAW


Barang Siapa yang telah menyembunyikan suatu Ilmu pengetahuan Ilmu Syariat akan dikekang oleh Allah ia kelak dengan Api Neraka


Adapun Ilmu Hakikat atau Ilmu Batin memang tidak boleh disiar-siarkan kecuali kepada orang yang menginginkannya. Memberikan dan mengajarkan Ilmu Hakikat kepada yang bukan Ahlinya ditakuti jadi fitnah disebabkan pemikiran Otak sebahagian Manusia ini tidak sampai mendalami ke lubuk Dasarnya yaitu ilmu Allah Ta’ala.


Ibarat kayu di hutan tidak sama tingginya, Air di laut tidak sama dalamnya, dan tanah di bumi tidak sama ratanya, demikian halnya dengan Manusia. Maka Ahli Zikir dan Ahli Shufi inilah yang mendekati Maqam Wali-Wali Allah yang berada di bawah Martabat para Nabi dan Rasul.


Inilah makna tujuan Allah memerintahkan supaya bertanya kepada Ahli Zikir, kerana Ahli Zikir adalah orang-orang yang senantiasa Hati dan fikirannya selalu ingat kepada Allah serta senantiasa mendapat bimbingan ilham dari Allah SWT.


Oleh kerana hal yang demikian itu, agar kita dapat Mengenal Allah, maka kita harus mempunyai pembimbing Rohani atau Mursyid.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar