Jumat, 03 Desember 2021

SIFAT KESEMPURNAAN

 

Dua puluh yang tertera di atas yang Wajib bagi Allah terkandung di dalam Dua Sifat kesempurnaan Sifat tersebut adalah

Kaya Allah daripada Sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi Zat-Nya. Contohnya Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki Malaikat untuk menciptakan Arasy.

Maka Maha Suci Allah daripada tujuan pada Sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak Wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu

Sifatnya: Wujud Qidam Baqa Mukhalafatuhu lilhawadith Qiamuhu Binafsih Sama Basar Kalam Kaunuhu Sami'an Kaunuhu Basiran Kaunuhu Mutakalliman

Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus Contohnya Manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya

Sifatnya Wahdaniat Qudrat Iradat Ilmu Hayat Kaunuhu Qadiran Kaunuhu Muridan Kaunuhu Aliman Kaunuhu Hayyan

Sifat yang harus Sunting

Sifat harus atau Sifat Jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya Contohnya harus bagi Allah menciptakan langit Bumi Matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya Tidak Wajib bagi Allah membuat sesuatu Seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada Hak Allah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar