Kamis, 02 Desember 2021

SIFAT SIFAT ALLAH

 

Wajib bagi setiap Mukallaf dan Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa Sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka Wajib juga dipercayai Akan Sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga Sifat yang Mustahil bagi Allah Sifat yang Mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada Sifat Wajib.


Sifat Wajib pula terbahagi juga Empat bahagian iaitu Nafsiah, Salbiah, Ma'ani atau Ma'nawiah.


Dua puluh yang tertera di atas yang Wajib bagi Allah terkandung di dalam Dua Sifat kesempurnaan Sifat tersebut adalah:


Istigna

Kaya Allah daripada Sekelian yang lain daripada Allah iaitu tidak berkehendak Allah kepada sesuatu. Maksudnya Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan Allah dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi Zat-Nya Contohnya Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki Malaikat untuk menciptakan Arasy.

Maka Maha suci Allah daripada tujuan pada Sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak Wajib bagi Allah membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.

Sifatnya Wujud, Qidam, Baqa Mukhalafatuhu Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih, Sama', Basar, Kalam, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mutakalliman.

Iftiqar 

Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, Manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.

Sifatnya: Wahdaniat, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Aliman, Kaunuhu Hayyan


Sifat harus atau Sifat Jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya Contohnya harus bagi Allah menciptakan langit Bumi, Matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak Wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada Hak Allah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar