Minggu, 05 Desember 2021

SIFAT WUJUD

 

Ujub ialah merasa hairan pada kelebihan Diri Sendiri Rasa hairan itu menjurus kepada perasaan bangga bahawa Dirinya mempunyai kelebihan tersebut Ujub adalah Penyakit Hati yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat Orang lain Ia berbeza dengan Takabbur kerana Takabbur adalah Dengan niat menunjuk-nunjuk kelebihan Dirinya sama ada Dengan kata-kata atau perbuatan Orang yang Ujub tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya merasa Dirinya sudah lebih baik dari Orang lain


Bermula tiga perkara yang akan membinasakan merosakkan Orang yang melakukan kikir yang diikut-ikut Nafsu yang diturut-turut dan Ujub Seseorang akan Dirinya


Bahawa bermula binasanya Manusia ialah apabila dia putus-asa dari Rahmat Allah dan dia Ujub akan Dirinya Sendiri


Jelaslah Sifat Ujub adalah Sifat Buruk yang membawa kesan yang Amat Buruk juga kepada yang Ampunya Diri


Sebab Sifat Ujub dilarang ialah kerana apabila Orang Ujub akan Dirinya dia sebenarnya lupa bahawa apa pun yang ada pada Dirinya adalah Kurnia dan Nikmat dari Allah Swt Semata-mata Walaupun dia yang usahakan sesuatu untuk Dirinya tetapi dia menggunakan apa yang dikurnia Allah kepadanya seperti Akal dan Tubuh yang Sihat Tanpa Akal Manusia tidak akan mampu melakukan apa-apa Manusia sepatutnya merasa Semakin rendah Diri bila Semakin banyak Nikmat dan kelebihan yang diperolehi bukan merasa Ujub atau Takabbur Orang yang beriman akan Ingat bahawa segala Nikmat dan kelebihan yang diberi Allah itu adalah satu Istidraj Umpan untuk menguji akan Dirinya Orang beriman akan menjadi lebih Tawaduk merendah Diri bila Semakin banyak Nikmat dan kelebihan yang diperolehinya Dia akan menjadi Semakin takut kepada Allah kerana bimbang akan menjadi Ujub dan Takabbur.


Perkara-perkara yang boleh mendatangkan rasa Ujub

1) Elok paras rupanya

2) Suaranya yang merdu

3) Darjat keturunan yang baik

4) Banyak harta

5) Kedudukan yang berpengaruh Ramai pengikut

6) Akalnya cerdas dan bijak

dan bermacam-macam lagi


Untuk menjauhi dari Sifat Ujub ini hendaklah kita Sentiasa ingat bahawa Semua adalah dari Allah Swt dan Allah boleh mengambil apa jua yang diberi kepada kita pada bila-bila masa Sahaja yang Allah kehendaki Tanamkan Sifat bersyukur dan Reda dengan apa yang ditentukan Allah untuk kita dan selalulah ucapkan ALHAMDULILLAH

Tidak ada komentar:

Posting Komentar