Kamis, 02 Desember 2021

SYARIAT TARIKAT HAKIKAT DAN MAKRIFAT / 4 CABANG ILMU

 

Syariat Tarikat Hakikat Dan Makrifat Kekeliruan sering Wujud di dalam memahami apa itu Syariat Tarikat Hakikat dan Makrifat Ramai yang mungkin masih dalam kekeliruan tentang perbezaan diantara Syariat Tarikat Hakikat dan Makrifat


Kebingungan bertambah ketika kebanyakkan Ilmu di antara fahaman Tasawuf atau Mazhab-Mazhab Ilmu Fiqah yang Semakin memperuncing perbezaan diantara Ilmu tersebut Padahal masing-masing merupakan jalan menuju kepada Keikhlasan dengan Allah Swt dengan kaedah-kaedah Ilmu yang berbeza Tujuan atau matlamat kesemuanya adalah sama iaitu menuju kepada Allah satu-satu Zat yang Wajib di Tauhidkan di Esakan di Makrifatkan dengan penuh Keikhlasan


Tidak ada yang lain hanya Allah yang Maha Qudrat Berkuasa, Iradat Berkehendak Ilmu Mengetahui Hayat Hidup Samaak Mendengar Basyar Melihat dan Kalam Berkata-kata


Pencerahan ini akan membantu kita memahami perbezaan agar kita tidak terjebak kepada saling menyalahkan dan menganggap masing-masing paling benar


Pada jalan Syariat adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah yang telah ditetapkan dalam Amalan Ibadah Hukum-hakam Muamalat dan sebagainya.


Hakikat dengan Makrifat adalah merupakan penyaksian akan kewujudan suatu rasa Zatulhaq dalam Diri pada setiap sesuatu Pergerakkan Kehidupan tertakluk di dalamnya Asma Afaal Sifat dan Zat Kita sememangnya Mengenal Istilah Musyahadah Rububiyyah yakni Mengenal dan Melihat Allah dengan Mata Hati Basyirah


Syariat merupakan pengetahuan atau konsep Ilmu Fekah yang merupakan jalan menuju Allah Swt yang di Syariatkan melalui junjungan Nabi Muhammad Saw dengan kaedah Aktualisasi prinsip-prinsip Syariat dengan ketentuan hukum-hakam yang sah.


Tarikat adalah perjalanan kehidupan dan perbuatan Penyata Sifat yang tersedia tertakluk pada ketetapan dan perlaksanaan dalam pergerakkan kewujudan dalam penzahiran Allah Swt untuk dikenali.


Hakikat adalah Keabadian Kenyataan Kepercayaan merasa melihat-Nya dengan penuh Keikhlasan Ketakwaan Keimanan dan Kekosongan sebagaimana yang di Sabda oleh Rasullullah Saw Ikhlas itu seumpama seekor semut hitam yang duduk di atas batu yang hitam berada di dalam Gua yang gelap gulita


Makrifat adalah Mengenal yang mana setiap Diri penanggung Amanah Allah mengisbatkan yang Allah Ul Haqq dalam menafikan kewujudan yang lain hanya Allah yang Wujud Setiap gerak adalah gerakNya bertepatan firman Allah Tidak bergerak kamu wahai Muhammad melainkan gerakkan Aku


Syariat datang dengan peraturan hukum-hakam dari Sang Maha Pencipta untuk supaya teratur kehidupan Manusia sedangkan Hakikat bersumber dari dominasi kreativitas Al-Haqq. Syariat merupakan penyembahan Makhluk pada Al-Khaliq sedangkan Hakikat adalah kesaksianNya dari Sifat Makhluk meliputi Zat dan Sifat terhadap kenyataan kewujudanNya


Syariat adalah penegakan atau perlaksanaan apa yang diperintahkan Allah Swt Sedangkan Hakikat adalah kesaksian terhadap sesuatu yang telah ditentukan dan ditakdirkan-Nya serta yang disembunyikan dan yang dinampakkan.


Penjelasan menarik tentang hal ini dalam Surah Fatehah firman Allah Swt Iyya ka na’budu Hanya kepada-Mu kami menyembah QS Al-Fatihah [1]: 4] adalah manifestasi dari Syariat. Sedangkan Iyya ka nasta’iin Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan QS Al-Fatihah [1]: 5 ] adalah manifestasi dari pengakuan penetapan Hakikat.


Kesimpulannya, Syariat adalah Hakikat Sebenarnya yang dipandang dari sisi dimana kewajipan yang diperintahkan dan Hakikat Sebenarnya juga merupakan Syariat yang dipandang dari sisi dimana kewajipan yang diperintahkan bagi mereka yang Makrifat.


Kesimpulan daripada kenyataan di atas menunjukan bahawa Syariat yang dibawa oleh Rasullullah Saw adalah merupakan kaedah-kaedah penyucian Hati yang menuju Kemakrifatan Keikhlasan Keimanan Ketakwaan KeEsaan kepada Allah Swt yang tertakluk dalam peringkat Syariat Begitu juga pada peringkat Tarikat Hakikat dan Makrifat mempunyai kaedah-kaedah jalan penyucian Hati yang menjadi Syarat Wajib penyerahan Amanah Allah yang merupakan Rahsia Diri Ampunya Diri.


Namun begitu hanya Diri Rahsia yang Mengenal Diri Ampunya Diri, sebagaimana Sabda Nabi Muhammad Saw Araftu rabbi bi rabbi Aku Mengenal Tuhanku dengan Tuhanku".


Pencapaian Penyucian Hati ini tertakluk kepada peringkat cara kaedah yang dilaksanakan mengikut jalan yang di lalui sama ada jalan Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat.


Namun ilmu Makrifat adalah jalan atau kaedah yang paling tinggi, mudah, cepat, padat dan Mantap proses penyucian Hati itu, namun Syaratnya adalah Mati sebelum Mati Semua kita pasti Mati kerana Mati itu jalan dan kaedah jalan Makrifat kepada Allah Swt yang paling Sempurna dan hasilnya adalah Insan Kamil


Kita dikehendaki mematikan Diri sebelum dimatikan menjurus kepada tidak ada sesuatu apa pun milik kita keseluruhan Alam Diri kita mahu Semesta Alam ini serta isi-isinya Mutlak ditadbir-urus, di takluki dalam Ketetapan dan Perlaksanaan Allah Swt


Tidak ada komentar:

Posting Komentar