APABILA KAMU PADA ZAHIRNYA DIHIASKAN DENGAN TAAT KEPADA PERINTAH-NYA DAN DIKURNIAKAN PADA BATIN KAMU MENYERAH BULAT KEPADA ALLAH SWT YANG DEMIKIAN ADALAH SEBESAR-BESAR NIKMAT BUAT KAMU
Hamba Allah yang Sejati adalah yang menggunakan Segala daya dan upayanya untuk Mentaati Allah Swt menurut Segala perintah-Nya Tanpa hujah Tanpa tangguh Tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama Hatinya yakin sungguh-sungguh kepada ketuhanan Allah Swt yang memelihara menjaga melindungi menguruskan Segala sesuatu dengan cara yang paling baik Mentaati perintah Allah Swt dengan memelihara sempadan Syariat dinamakan Takwa dan keyakinan Hati terhadap ketuhanan Allah Swt yang memelihara serta mengatur dinamakan Iman Gandingan Iman dan Takwa melahirkan Sifat Ubudiyyah yang Sejati Beriman tanpa bertakwa atau beramal adalah kejahilan Beramal tanpa beriman adalah Munafik Iman dan Takwa merupakan dua belah sayap yang saling bantu membantu agar Insan dapat terbang menuju Allah Jika hanya satu sayap sahaja yang ada seseorang itu hanya berpusing-pusing di Bumi Walaupun jauh jarak yang telah dipusingnya namun dia tetap berada di Bumi tidak terbang ke Alam tinggi
Seseorang yang menggabungkan Iman dan Takwa adalah Orang yang bersesuaian Zahirnya dengan Bathinnya atau harmoni kedudukan Syariat dan Hakikatnya Amalan Zahirnya sesuai dengan tuntutan Syarak dan Bathinnya menghadap kepada Allah Swt Orang yang bersesuaian Iman dan Takwanya Zahir dan Bathinnya Syariat dan Hakikatnya Jasmani dan Rohaninya Sebenarnya mendapat sebesar-besar Nikmat daripada Allah Swt Dia terlepas daripada Sifat Munafik Dia berada pada Tarikat Jalan yang Benar
Apabila seseorang menganut Agama Islam dia dinamakan Muslim Muslim menerima Syariat Islam sebagai Cara hidupnya Dia memahami dan mengakui akan kebaikan dan kebenaran peraturan yang ditetapkan oleh Syariat Islam Kemudian dia beriman dengan sesungguhnya kepada Allah Swt Kedudukannya naik daripada Muslim kepada Mukmin Mukmin mempunyai keyakinan yang teguh terhadap Allah Swt dan dia tidak ragu-ragu untuk menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Allah Dia yakin Allah Swt sahaja yang mengatur kehidupannya Orang Mukmin mematuhi Syariat bukan kerana kebaikan dan kebenaran Syariat itu Semata-mata tetapi adalah kerana Allah Swt Dia melihat Syariat Sebagai peraturan Allah Swt dan sebagai hamba dia Wajib akur kepada peraturan tersebut Ketaatan kepada Syariat yang didorong oleh Iman yang teguh membentuk Sifat Takwa Orang yang bertakwa naik dari tahap Mukmin kepada tahap Muttaqin Makam Muttaqin adalah makam keteguhan beramal dengan Syariat Islam dan ketetapan Hati bersandar kepada Allah Swt Keteguhan dan ketetapan Hati dalam Makam Muttaqin menjadi tangga untuk mencapai Makam Muqarrabin iaitu orang yang hampir dengan Allah Swt Orang yang paling hampir dengan Allah adalah Orang yang paling bertakwa iaitu Orang yang paling teguh kedudukannya pada Makam Muttaqin. Makam Muttaqin bukan Sahaja menjadi tangga untuk mencapai Makam Muqarrabin bahkan ia juga menjadi tapak untuk naik kepada Makam Ariffin. Sepanjang perjalanan dari Makam Muslim kepada Makam Ariffin Iman dan Amal menjadi kenderaan Perpindahan dari satu makam kepada makam yang lain memperlihatkan keteguhan dan ketetapan Amal dan Iman.
Sekiranya Allah Swt berkehendak mengurniakan kepada hamba-Nya kedudukan yang baik pada sisi-Nya maka hamba tersebut dikurniakan keteguhan dalam melakukan ketaatan kepada-Nya dan diperkuatkan imannya Hamba yang memperolehi kurniaan begini menjadi Hamba yang gemar beribadat beramal Salih dan kuat pula bertawakal kepada Allah Swt Inilah hamba Allah Swt yang berjaya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar