Insan itu RahsiaKu, Aku Rahsia Insan, Rahsia itu adalah SifatKu, SifatKu tiada lain adalah Aku.
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Didalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allah segala-galanya. Yang Awal, yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin kesemuanya ialah Allah
Untuk meringkaskannya, yang Awal iaitu Zat Allah, yang Akhir iaitu Asma' Allah, yang Zahir iaitu Afa'al Allah dan yang Batin iaitu Sifat Allah
Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan Zat Allah ia Itu Dialah yang Awal, kenyataan Sifat Allah Dialah yang Batin, kenyataan Asma' Allah Dialah yang Akhir, kenyataan Afa'al Allah Dialah yang Zahir.
Aku ini Perbendaharaan Tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, kemudian Aku menciptakan Makhluk-ku, dengan Allah-lah mereka Mengenal AKU.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar