Seorang Mukmin dengan Allah yang membawa si Mukmin itu hampir dan orang pilihan-Nya. Dibukanya pintu Hati si Mukmin itu kepada kasih sayang dan kurnia-Nya. Maka nampaklah oleh si Mukmin itu dengan Mata Hatinya apa yang tidak nampak dengan Mata Kasar, dan didengarnya dengan telinga Hatinya apa yang tidak pernah didengar dengan telinga Kasar, maka dilihatnya perkara-perkara Ghaib dari kerajaan Allah Yang Maha Besar yang meliputi langit dan Bumi dan apa sahaja. Bertambah hampirlah ia dengan Allah. Segala Amalan diterima Allah. Hidup tidak mensia-siakan Diri dengan beramal Mentauhidkan Diri dengan Mengenal Allah pasti dilimpahi Kasih sayang dan perkataan yang baik-baik dan manis-manis dari Allah. Ilmu Allah yang pelik-pelik akan dapat diketahuinya dengan kurniaan Allah jua. Allah akan sempurnakan kurnia-Nya kepada si Mukmin itu pada segi Batin mahupun lahir seperti kesihatan badan, minuman, pakaian, makanan dan isteri yang baik dan perkara-perkara yang halal yang bersesuaian dengan peraturan dan ketentuan Allah. Jadi, Allah akan menetapkan keadaan ini untuk hamba-Nya yang beriman dan hampir kepada-Nya beberapa lama sehingga si hamba itu merasa selamat dan kekal dalam keadaan itu. Kemudian Allah akan datangkan mala petaka, kesusahan hidup dan bencana. Maka si hamba itupun merasa sedih, hairan, dan hancur hati lagi dan putus dari hubungan dengan orang-orang golongannya.
Jika ia melihat keadaan Zahirnya, dilihatnya kejahatan yang menimpanya dan jika dilihatnya Hatinya dan Batinnya, dilihatnya yang mendukacitakannya. Jika ia minta kepada Allah untuk membuang kesusahan yang dihadapinya itu, maka Allah tidak menerimanya, dan jika ia meminta janji-janji yang baik, maka tidak didapatinya dengan segera, dan jika ia berjanji sesuatu. ia tidak diberitahu tentang hasilnya, dan jika ia mimpi sesuatu. ia tidak tahu maksudnya, dan jika ia hendak berhubung dengan orang-orang golongannya, maka ia tidak dapat berbuat demikian, pendeknya segala-galanya telah tertutup baginya dan do’anya tidak diterima.
Maka dengan itu, Dirinya pun hancur dan Hawa Nafsunya pun hilang dan hapuslah niat dan cita-citanya. Segala-galanya kosong baginya. Perkara ini berkekalan sementara dan mungkin dihebatkan lagi penderitaannya itu sehingga sampailah masanya bila ia merasa tabiat-tabiat dan Sifat-Sifat kemanusiaannya hilang terus dan dia tinggal seolah-olah Ruh sahaja lagi. Maka didengarnyalah suara Batinnya memanggilnya:
Hentamkanlah kakimu, inilah Air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.
Kemudian Allah akan melimpahi lautan rahmat dan kasih sayang kepadanya dan Hatinya merasa aman tenteram dan Hatinya disinari dengan Cahaya Iman dan Ilmu. Pintu keredhaan Allah dibuka kepadanya. Kepadanya Manusia akan berkunjung memberi berbagai-bagai hadiah dan orang akan berkhidmat kepadanya. Manusia akan memuji dan menghormatinya. Kata- katanya disanjung tinggi. Orang akan merasa bahagia dimajlisnya. Raja-raja dan orang besar-besar pun tunduk kepadanya. Allah akan menyempurnakan kurnianya zahir dan batin. Allah pelihara dia secara Zahirnya melalui Makhluk-Nya dan pada Batinnya melalui kasih sayang dan rahmat-Nya. kekallah dia dalam keadaan itu sehingga ke Akhir Hayatnya. Kemudian Allah masukkan dia ke tempat yang tidak terlihat oleh Mata dan tidak terdengar oleh telinga dan tidak terlintas ke dalam hati sesiapa, Tidak ada seorang pun tahu apa yang ada dalam Diri untuk mereka daripada perkara yang menyedapkan Mata, satu ganjaran untuk apa yang mereka telah lakukan.Demikian janji Allah yang Sejati dengan Setiap detik setiap saat tanpa melupakan Diri dengan beramal Sholeh