KENAL DIRI KENAL ALLAH

 


SALAH satu cara Mengenal Allah ialah dengan Mengenal Diri Sendiri Maksudnya ialah Hakikat Diri yang Sebenarnya. Adapun maksud Diri yang Sebenarnya itu bukanlah Diri yang berSifat lahiriah kerana Jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk Mengenal Allah Swt Pada Zaman ini ramai dikalangan kita tidak Mengenal Dirinya yang sebenar.


Mereka menganggap bahawa Dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah Diri yang Batin iaitu Diri yang datang dan akan kembali kepada Allah Swt. Ulama Ilmu Ketuhanan atau Ilmu Tauhid berpegang bahawa Diri kita ini merupakan tangga untuk Mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: Siapa yang Mengenal Dirinya, sesungguhnya ia akan Mengenal Allah


Dikalangan Ulama Tasauf atau Ulama Ilmu Ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari Hakikat Diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan Diri kita yg sebenarnya pasti kita akan mengakui Hakikat adanya Allah Swt Hakikat Diri yang sebenarnya merupakan Roh atau jiwa ataupun Rohani yang ada dalam Diri Manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap Manusia.


Diri Batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh Mata lahiriah dan tangan Manusia. Walaupun di dalam Diri itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada Manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya Diri yang Hakikat itu di dalam Manusia. Diri Manusia dilengkapi oleh Allah dengan Sifat tertentu, kemudian Sifat tersebut dinilai atau dihisab sama ada baik atau pun buruk.


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta dipertanggung jawapannya Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan Sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping Roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya Roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah Swt Untok melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam.


Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka Roh memerlukan tempat iaitu Jasad. Istilah Batin disebut juga dengan Qalbu. seandainya Qalbu tersebut diterangi dengan Nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada Nur, gelaplah seseorang itu. Qalbu mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam Diri berupa nafas, akal, nafsu dan Roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan Insan.


Qalbu diistilah sebagai Diri atau Hati. Qalbu sebenarnya Mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai Diri itu sendiri Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya Jadi untuk pengertian bahawa siapa yg Mengenal Dirinya akan Mengenali Allah iaitu dengan cara memahami Hakikat Roh, jiwa atau Qalbu yang sebenarnya. Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah Swt