Keimanan yang kukuh dan lurus merupakan kunci pintu dalam Mengenal Diri Sendiri. Makrifatullah atau Mengenal Allah merupakan Hakikat kehidupan untuk Mengenal Penciptanya dan mengetahui Hakikat Diri Sendiri. Dengan Mengenal Allah akan tumbuh dalam Kalbu Mahabatullah atau cinta terhadap Allah, kemudian sentiasa mengharapkan rahmat Allah Akhirnya bersatu antara Cinta, rindu dan redha dalam Maqam pengabdian yang Sempurna.
Membersihkan Hati di atas permaidani kemuliaan Ilahi melalui Iman Islam Tauhid Makrifat dan Ihsan akan memancarkan Sinar Makrifat. Hati dan Nafsu menjadi tunduk kerana mendapat bimbingan ke arah kebenaran. Biasan Cahaya Zuhud, Sabar, Syukur dan Tawakal memenuhi relung Kalbu menyimpan bekal AQIDAH yang Murni dalam menghadapi kehidupan Abadi. Nilai kehambaan Insan tersimpuh di bawah hamparan kekuasaan Allah dalam keadaan hina tak bermaya.
Semoga Amalan Aku ini pasti menjadi panduan dalam memahami Zat Sifat, Asma dan Afa'al keAgungan Allah, sehingga meluruskan keyakinan dan menambahkan lagi nilai keimanan, Janji Allah Swt itu pasti.