Badan Aku ini merupakan tempat tersembunyinya Roh Manakala disebalik Roh pula adalah tempat tersembunyi Rahsianya Allah
Diri Aku ini menanggung dua Rahsia
Pertama menanggung Rahsia Roh, keduanya menanggung Rahsia Allah Rahsia Allah tersembunyi didalam Roh manakala Wajah Roh pula tersembunyi didalam dada-dada Aku semua.
Untuk mengintai kedua-dua Wajah itu, tiliklah kedalam Diri Aku sendiri Apabila Sifat Roh telah dapat Aku kenal dengan rata kedua-dua Rahsia Wajah itu akan dapat Aku kenal dengan nyata dan rata jelas dan terang
Setelah Aku Mengenal Diri dan Asal saja Aku Mengenal Roh, segala Rahsia itu, tidak lagi menjadi Rahsia.
Apabila Aku sudah mencapai kepada tahap Makrifat kepada Allah, yang Ghaib itu tidak lagi menjadi hilang, yang hilang tidak lagi menjadi tanda tanya dan yang halus itu tidak lagi Menjadi Sulit.
Apabila Matahari sudah mula menerbitkan Sinar Cahaya-Nya Kabus tebal yang menyelubungi Aku akan berlalu dengan sendirinya
Dengan berlalunya Kabus Diri akan menjelmalah terang Sinar Wajah Allah tanpa terselindung atau terdinding lagi seterang Hati Aku yang Mengenal Allah.
Oleh kerana terlalu terangnya Cahaya Allah pada wajah sekelian Makhluk menyebabkan penglihatan kepada Alam sudah menjadi kabur
Apabila pandangan terhadap Makhluk sudah kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah, tidak lagi terselindung dan terhijab dimana saja dialihkan pandangan Aku disitulah juga akan kelihatan Wajah Allah besertanya.
Diri Aku ini telah menjadi Rahsia disebalik Rahsia.Rahsia kepada badan itu adalah Roh, manakala Rahsia kepada Roh itu adalah Allah Roh tersembunyi disebalik Wajah badan manakala Wajah Allah pula terselindung disebalik Roh
Aku ini banyak menyimpan Rahsia ketuhanan Apabila badan boleh menyingkap tabirnya, maka Aku akan dapat melihat Roh
Apabila Roh pula menyingkap tabirnya maka Allah pula akan kelihatan melaluinya.
Barang siapa yang dapat merungkaikan kedua-duanya sekali, akan kenallah Aku kepada Allah.
Keikhlasan dan ketulusan Iktikad Hati orang Makrifat dalam memandang Allah itu adalah dengan membinasakan pandangan terhadap Makhluk sesuatu benda dan terhadap Diri Aku sendiri,
Itulah caranya membawa Aku melihat dan memandang Allah. Dengan terang dan nyata, pada setiap apa yang Aku nampak. Dengan cara itu, Allah akan membuka pintu-pintu Ghaib dan membuka kunci-kunci khazanah ketuhanan yang belum Aku ketahui
Kunci pintu khazanah yang Ghaib akan terbuka apabila Diri Zahir memandang Diri yang Batin Apabila badan mengenal Roh rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari
Apabila Roh sudah Mengenal Dirinya sendiri Apabila Roh Mengenal Roh itu tandanya Aku telah Mengenal Allah Taala Makrifatullah
Dicatat oleh Kunci Diri yang tersembunyi