RAHSIA MAKRIFAT

 


Ada pun Makrifat itu Rahsianya ialah Mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah Makrifat dimulakan


1. Makrifat Diri yang Zahir.

2. Makrifat Diri yang Bathin.

3. Makrifat Allah


APA GUNA MAKRIFAT


Ada pun guna Makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu Mengenal yang Qadim dan Mengenal yang baharu sebagaimana kata:AWALUDDIN MAKRIFATULLAH


Ertinya: Awal Agama Mengenal Allah.

Maksudnya Mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat Mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan diantara Allah dengan hamba.

BAITULLAH KALBU MUKMININ Sesungguhnya Hati ini sewaktu bayi sehingga Aqil Baliq diibaratkan bunga yang sedang menguntum,tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya! apabila dewasa Aqil Baliq maka Hati itu ibaratkan bunga yang sedang mengembang,maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga itu!

Sesungguhnya Amalan Makrifat dan Zikir yang dibaiah itu adalah untuk membersihkan Hati agar dapat menguntum semula seperti Hati kanak-kanak yang suci-bersih

Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik! sekiranya tutup itu tidak jaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak,maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula itu makanannya PEPERANGAN

Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah Peperangan dalam Diri Sendiri HATI setiap saat denyut jantung Aku ini, Aku akan terus berperang.Sesungguhnya Iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan Anak Adam !Sekiranya Aku tidak ada bersenjata Zikir Nescaya Aku pasti kecundang Keluar masuk Nafas Anak Adam adalah Zikir! 6666 Sehari Semalam Nafas keluar dan masuk, sekiranya Anak Adam tidak bersenjata, pasti ia kecundang Setiap detik setiap saat Amalan yang Mulia pasti Segalanya didalam genggaman Aku.

ASAL USUL MAKRIFAT