Makrifat Artinya Mengenal Allah pada:
Dzat-Nya
Sifat-Nya
Asma-Nya
Af’aal-Nya.
Rasulullah Awal-Awal sekali sudah menegaskan bahwa tugas kita Manusia adalah Mengenal Allah. Seperti Sabdanya: Awwaluddin Makrifatullah Artinya: Awal hidup Agama adalah dengan Mengenal Allah.
Hai Manusia, jika sesungguhnya kamu telah berusaha dengan sungguh-sungguh menuju Allah, maka pasti kamu akan menemui Allah.
Maka barang siapa yang menghendaki Nescaya ia menempuh jalan kembali Mengenal kepada Allah
Mereka yang berjuang pada jalan Allah, akan Allah tunjukan jalannya kearah Allah.
Dan cara untuk Mengenal Allah itu adalah dengan cara Mengenali Diri. Barang siapa yang Mengenal Dirinya maka kenal Allah Swt
Maka kenalilah Aku sungguh-sungguh Muhammad bahwa tidak berpisah, Aku jadikan Segala sesuatu keranamu, sedang Engkau untuk Aku. Muncullah Engkau pada kenyataan, Aku nyatakan Engkau dan Aku lindungi Engkau.
Dengan Mengenal Diri maka dapat Mengenal Allah. kerana Rahsia Allah itu ditanggung oleh Diri Manusia. Oleh kerana itu dapat dikatakan bahwa Mengenal Allah itu hendaklah dengan Mengenali Diri Nafs Jalan untuk Mengenal Diri adalah dengan cara memahami Nur Muhammad, Nur Muhammad ialah pengetahuan tentang pengenalan didalam Diri Kebathinan.
Iman itu tempatnya di Sirr, Artinya Rahsia itu dari Cahaya Hati-Nurani, Cahaya itu dari Alif, Alif itu bersumber dari titik, titik yang dinamakan Sirr atau Cahaya Dzat Nurullah dan Sifat Nur Muhammad yang memperkenalkan Diri kepada ALLAH, ketika titik itu terbagi jadilah Empat huruf, Pertama ALIF, kedua LAM awal, ketiga LAM akhir, dan keempat HA, yang menjadi Empat jalan bagi Diri Sendiri,
Syariat-Tharikat-Hakikat-Makrifat Dzat-Sifat-Asma-Af'aal Insani-Nurani-Ruhani-Rabbani Tubuh-Hati-Nyawa-Rahsia
Kemunculan Makrifat itu dari Iman.
Iman muncul dari Hati.
Hati muncul dari Bayang-Bayang.
Bayang-Bayang muncul dari Nurani.
Nurani muncul dari Nyawa.
Nyawa muncul dari Ruh.
Ruh muncul dari Rahsia.
Rahsia muncul dari Cahaya
Cahaya muncul dari Qudrat.
Qudrat muncul dari Allah.
Dari situlah Aku datang dan disitu pula Aku kembali.
Apabila Nur itu melihat pada Allah Sirr Namanya.
Apabila Nur melihat pada Alam Hati Namanya.
Apabila Nur melihat pada Akhirat Nyawa Namanya.
Apabila Nur melihat ke Dunia Badan Jasmani Namanya.
Apabila Nur melihat kepada Badan Jasmani Nurani Namanya.
Sirr Muhammad kita dinamai Makrifat Dzat-Nya.
Nyawa Muhammad kita dinamakan Hakikat Sifat-Nya.
Hati Muhammad kita dinamakan Tharikat Asma-Nya.
Tubuh Muhammad kita dinamakan Syariat Af’aal-Nya.
Adapun yang dikatakan Makrifat itu tidak boleh dipisah antara Islam, Iman dan Tauhid, tidak boleh keempat itu bercerai satu dengan lain kerana sesungguhnya:
Islam Tanpa Iman itu Kosong bagai sebiji padi yang tidak berisi.
Iman Tanpa Tauhid itu tidak berguna seperti padi yang tidak menjadi beras.
Tauhid tanpa Makrifat itu tidak sempurna bagai beras tidak menjadi Nasi.
Makrifat itu adalah landasan pada Islam itu Sendiri.
Dan sesungguhnya beriman Tanpa Tauhid juga tidak terpakai Imannya, kerana Tanpa Tauhid, Iman seseorang itu bagai lalang yang bergerak mengikuti Arus Angin bila saja di tiup maka tumbanglah dia.
Disamping itu Tauhid Tanpa Makrifat tidak Sempurna, kerana Tauhid kepada sesuatu harus Mengenal pada siapa yang diTauhidkan, kalau menyerahkan Diri kepada yang kita tidak kenal sama saja kita ini Buta dan Tuli Meraba dan tidak Mengerti.
Oleh kerana itu bila kita Tauhid kepada Allah maka harus pula kita Mengenal Allah, Islam berkehendak Iman, Iman berkehendak Tauhid dan Tauhid Berkehendak Makrifat. Oleh kerana itu jangan sekali-kali kamu pisahkan Dirimu dari sisi Islam, Iman, Tauhid, dan Makrifat, jika Engkau ingin mendapat keredhoan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya untuk berMakrifartullah ialah berGuru melalui Guru Hakikat lagi Mursyid dengan cara menjalani latihan Tasawuf.