Sementara Jalan Makrifat ini adalah suatu Jalan yang pernah dilalui dan dialami olah para Wali Allah yang Agung Para-para Ariffinbillah dan para-para Aulia Nabi dan Rasul Seseorang yang Ingin menuju ke jalan Makrifat kepada Allah inl haruslah terlebih dlhulu menjalani latihan pada peringkat Jalan Hakiki kerana Jalan Hakiki adalah merupakan persambungan Jalan ke Jalan Makrifat. Orang-orang Makrifat akan mengcungkil segala Rahsia Alam Maya, sama ada pada Alam Saghir ataupun pada Alam Kabir. Malahan mereka terus meneroka Mengenal Diri Rahsia Allah Taala itu Sendiri Bagi mereka yang menjalani Jalan Makrifat, mereka diasuh bukan sahaja oleh Guru Zahir Hakiki lagi Makrifat Guru-Guru Ghaib yang terdiri Wali-Wali Allah Nabi-Nabi dan para Rasulullah malahan bagi orang-orang yang sedang menuju ke jalan Makrifat ini akan diajar Sendiri oleh Allah melalui Guru Batin iaitu Diri Rahsia Allah Diri Rahsianya Sendiri. Untuk menjelaskan hal ini silalah bertanya kepada Guru-Guru Hakiki dan Makrifat lagi Mursyid. Bagi mereka yang mencapai ke peringkat Makrifat ini mereka adalah Manusia paling bertuah yang akan mendapat Mertabat Darjat dan kesaktian serta keredhaan yang paling tinggi disisi Allah dan ianya dapat pula duduk bersama Allah diberi peluang menjelajahi tujuh petala langit tujuh petala bumi, Arash dan Qursi, Syurga, dan Neraka Semasa hidupnya lagi di dalam Dunia ini. Alangkah bertuahnya kita jika kita mencapai Mertabat tersebut dan kitalah orang tertinggi di dalam Segala-gala hal pada pandangan Allah Swt Orang-orang yang mencapai Mertabat ini akan mendapat sanjungan daripada Allah dan daripada Manusia Sejagat. Mereka akan dihormati sepanjang hayat mereka.
Akhir Qalam tiliklah pantun orang Hakikat:
Pucuk paku dalam paku
Paku datang dari seberang
Carilah Aku di dalam Aku
Aku berselindung di dalam terang
Namun begitu perlulah ditegaskan secara terang-terang disini bahawa Matlamat Akhir pengajian Makrifat adalah untuk kembali semula menjadi Allah pada Mertabat dan kita pada Alam Ghaibul-Ghaib yakni Ahdah. Untuk pemahaman yang lebih mendalam silalah bertanya kepada orang-orang Makrifat lagi Mursyid.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar