Selasa, 30 November 2021

TARJIH

 


Setelah melihat dan menekuni pendapat para Ulama’ dalam menilai hadith ini, maka kami berpendapat bahawa hadith ini adalah palsu dan tiada asal baginya. Dengan itu, kita sama sekali tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya.


Akan tetapi di dalam Nas Ilahi, Allah Swt menuntut hamba-hambanya untuk Sentiasa melihat dan berfikir dengan apa yang terdapat pada Diri mereka Ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah Swt


Maksudnya Dan juga pada Diri kamu Sendiri. Maka Mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil-dalil dan bukti itu


Menurut Guru Mursyid makna pada Diri kamu adalah Wahai sekelian Manusia pada Diri kamu itu terdapat tanda dan pengajaran yang menunjukkan akan keEsaan kebesaran Penciptamu. Selain itu, Sesungguhnya tiada Tuhan bagimu selain daripada Allah dan tidak ada sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah sebagaimana kamu diciptakan Manakala makna tidakkah Engkau melihat Allah bermaksud tidakkah Engkau melihat padanya penciptaanmu lalu Engkau berfikir akannya maka Engkau Mengetahui akan Hakikat keEsaan kebesaran Penciptamu iaitu Allah Swt


Selain ayat ini terdapat banyak lagi Ayat-Ayat atau Nas-Nas Ilahi yang menceritakan akan tuntutan kita untuk sentiasa berfikir dan mengingati Allah Swt dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, Allah Swt mengurniakan kita Akal agar kita berfikir serta menggunakannya sebaik-baiknya agar kita tidak termasuk di dalam orang-orang yang kufur di atas Nikmat yang dikurniakan oleh Allah Swt


Kesimpulannya antara yang dapat difahami daripada makna hadith ini adalah kita sebagai umat Islam dituntut agar sentiasa berfikir dengan setiap Nikmat yang dikurniakan oleh Allah Swt. Di samping itu juga, kita dituntut agar Sentiasa memuji Allah Swt setiap kali melihat kebesaran ciptaan Allah. Dengan cara itu Allah akan membawa kita kepada Mentauhidkan Allah Swt dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu.


Akhirnya, Semoga Allah Swt menjadikan kita orang yang Sentiasa berfikir serta memberi kita kefahaman di dalam Agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW Alhamdulillah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar