Selasa, 30 November 2021

MENTAUHIDKAN JALAN KEPADA ALLAH

 

Maksud Mentauhidkan jalan kepada Allah membawa pengertian bahawa tidak ada ketetapan Hukum dalam kehidupan Manusia selain dari ketentuan Allah Tidak ada cara untuk kepada Allah melainkan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Dia sahaja. Atau yang disyariatkan oleh pesuruhNya dengan izinNya. Tidak ada jalan untuk sampai kepadaNya dalam apa jua bentuk ibadah melainkan yang telah ditunjukkan contoh oleh pesuruhNya. Jalan tersebut adalah jalan Sunnah Nabi S.A.W.

Keimanan terhadap kewujudan Allah Swt adalah asas kepada seluruh persoalan Aqidah Islam. Oleh itu Aqidah Tauhid dapatlah diertikan sebagai kepercayaan secara yakin dengan Meng-Esakan Allah pada kekuasaanNya, Zatnya, Sifat-Nya serta menafikan sebarang tandingan dalam penyembahan dan peribadatan kepadaNya. Ia adalah suatu Iktikad yang menyucikan Allah dari sebarang benda baharu serta tidak menyamakanNya dengan sesuatu yang lain. Dengan ini nyatalah bahawa seorang hamba yang berpegang teguh dengan Aqidah Tauhid sudah pasti ia akan Meng-Esakan Allah Swt dalam semua jenis peribadatan sama ada ibadah Zahir ataupun Batin. Ilmu Tauhid adalah merupakan tentang keEsaan Allah Sw.t Ilmu ini banyak membicarakan Mengenai keEsaan Allah, baik dari sudut Zat, Sifat ataupun Afal’alnya Ia juga membicarakan tentang Rasul-Rasul Allah dengan segala Sifat-Sifat yang ada padanya. Sebahagian Ulama mentakrifkan Ilmu Tauhid sebagai ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang iktikad yang diperolei dari dalil-dalil qat’ie, yang berdasarkan al-Quran, al-Hadith, dan Aqal

Tauhid yang dibawa oleh al-Quran adalah Tauhid yang murni mengarah kepada pengabdian Diri Ubudiyyah hanya bagi Allah Ta’ala dalam segenap bidang kehidupan. Ubudiyyah ini membawa maksud seseorang hamba itu berikrar dan beriktikad dengan jazam bahawa tiada tuhan yang lain daripada Allah Taala yang Maha Esa. Allah Maha Berkuasa, Maha memberintah seluruh hamba-hambaNya. Dialah Allah yang ditaati di segenap Alam Maya ciptaanNya. Allah lah pengubal peraturan dan sistem untuk kelangsungan hidup dan kemaslahatan Alam Semesta. Allah berkuasa mutlak terhadap MakhlukNya dan memberi pembalasan terhadap Segala Amal perbuatan mereka. Sesorang yang bertauhid kepada Allah ialah seorang yang menyerah Diri Secara Mutlak kepada Allah dan mengikhlaskan Amalannya hanya kepada Allah sahaja dalam segenap Aspek kehidupannya, sama ada yang bersifat peribadi ataupun kemasyarakatan, tatasusila, politik, Ekonomi serta sosial. Atas dasar inilah Allah Swt mewahyukan Nabi Muhammad S.A.W dengan firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesunguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

Sebagaimana dimaklumi umum bahawa Solat, Puasa, Haji dan lain-lain ibadat dalam Islam tertakluk kepada rukun. Tanpa rukun yang Sempurna, ibadat dianggap tidak sah. Begitu juga dengan Tauhid, padanya ada rukun tertentu. Tauhid pada bahasa berasal dari kata perbuatan Wahhada, Yuwahidu yang bererti menjadikan sesuatu itu satu. Perkara ini tidak akan terlaksana kecuali dengan Nafi dan ithbat. Nafi atau ithbat adalah rukun kepada Kalimah Tauhid la ilaha illallah. Atau dikenali juga sebagai rukun Syahadah Tauhid. Tanpa kesempurnaan terhadap rukun ini, Tauhid seseorang itu tidak dianggap sah menurut syarak. Maksud dengan Nafi ialah menafikan apa jua selain daripada yang diesakan dan mensabitkan keesaan itu bagiNya. Umpamanya diungkapkan: Sesungguhnya tidak Sempurna Tauhid seseoang sehingga beliau mempersaksikan la ilaha illallah. Dalam ucapan tersebut terkandung penafian Uluhiyyah terhadap apa jua selain Allah dan menasbitkan bagi Allah sahaja yang Esa. Justeru penafian Semata-mata tidak memadai. Begitu juga dengan ithbat Semata-mata juga tidak memadai kerana tidak tertegah dari penyekutuan sesuatu yang lain dalam penafiannya Ilmu tauhid mempunyai peranan yang besar dalam mempertahankan benteng Aqidah Ummat Islam. Hanya dengan memahami Ilmu Tauhid secara keseluruhan akan mampu mengawal Aspek kehidupan daripada Meng-Esakan Allah selain Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar